in

Sinopsis Drama Annissa Lakonan Rozita Che Wan

KONFLIK CINTA 4 JELITAWAN DI SIRI TERBARU ‘ANNISSA’

Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka bersemi dalam hubungan ini, adakah mereka akan melepasi godaan dan dugaan dalam hidup?

Terbaru di slot Samarinda, penonton setia TV3 bakal menyaksikan pelakon-pelakon handalan yang popular seperti Rozita Che Wan, Aida Aris, Faradhiya, Fiza Elite, Zamarul Hisyam dan Eizlan Yusof menerusi siri drama 13 episod, ANNISSA terbitan Zeel Production mulai 31 Mei 2011, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam.

Diarahkan oleh Amy Maziah dan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem, ANNISSA mengisahkan Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.

Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.

Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.

Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.

Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya? Jangan lupa saksikan Samarinda: Annissa yang bakal bersiaran mulai 31 Mei 2011, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam.

Poster ANNISSA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia Wins 3 Major Awards For Investor Relations

Scotty McCreery Winner American Idol Season 10