in , ,

Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-3 Tanpa Suami, Balu Abam Janji Jaga Anak Sebaiknya

Sudah hampir 10 bulan pelawak terkenal Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau mesra dipanggil Abam pergi menghadap Ilahi.

Ahli kumpulan Bocey itu turut meninggalkan seorang balu, Siti Norhidayah dan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah yang baru berusia setahun lebih.

Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-3 Tanpa Suami, Balu Abam Janji Jaga Anak Sebaiknya

Genap tiga tahun berkahwin

Hari ini, genap tiga tahun Allahyarham Abam dan Siti Norhidayah  bernikah dan pastinya tahun ini sangat berat untuk isterinya melalui hari istimewa tersebut.

Menerusi perkongsian terbaru Hidayah di Instagramnya, dia telah memuat naik kompilasikan gambar dan video sepanjang perkahwinannya dari hari pertama bergelar isteri Abam.

Redha dengan pemergian suami

Dalam kapsyen yang ditulis, jelas sekali dia amat merindui allahyarham suaminya lebih-lebih lagi pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga hari ini.

Namun begitu, Hidayah tetap redha dan mendoakan agar roh suaminya tenang di alam sana.

Janji akan didik anak dengan baik

Dia juga berjanji akan membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang dan didikan terbaik supaya Hamzah menjadi anak yang berguna pada masa akan datang.

Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-3 Tanpa Suami, Balu Abam Janji Jaga Anak Sebaiknya

“Bercerai mati ni sedia dia lain”

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Instagram Hidayah agar terus kuat dan tabah mengharungi dugaan ini.

Mereka juga sempat mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan bersama arwah dan menitipkan bacaan al-Fatihah sebagai hadiah buat pelawak terkenal itu.

Untuk makluman, Allahyarham Abam yang merupakan ahli kumpulan Bocey bersama Achey dan Fad disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

Pemergiannya yang mengejutkan ramai pihak telah dihadiri ribuan rakyat Malaysia ketika majlis pengebumiannya dan mendapat liputan meluas oleh seluruh media dalam negara ketika itu.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Aliff Syukri Nafi Dakwaan Menganiaya Wani Comel, Sedia Disaman

Persembahan di Gegar Vaganza Sering Dikritik, Noraniza Idris Mahu Bersemuka dengan Michael Ang