in

Rebut Jemputan Untuk Pembaca Budiey.com Ke Street Fair Gatsby

Salam buat semua pembaca…

Pada 17 April 2010 ini, Gatsby menganjurkan Temasya Jalanan Deodoran Gatsby khas untuk anda! Sreet Fair ini akan berlangsung di Berjaya Times Square Boulevard (Pintu Utama), Kuala Lumpur dari 10 pagi hingga 5 petang. Sempena dengan Karnival Jalanan tersebut, Gatsby akan mencipta rekod untuk meraih pengiktirafan di dalam Malaysia Book Of Records sebagai penganjur untuk “Perhimpunan Terbesar Bloggers di Malaysia”.

Tujuan lain, kempen Gatsby ini adalah untuk mempromosikan produk terbaru “Siri Penjagaan Berganda Deodoran” yang mengandungi Jenis “Roll-on” (Sapu) dan Siri Perenjis Wangian yang terdiri daripada tujuh jenis produk.

Jom meriahkan Street Fair ini. Dengarnya, banyak permainan yang akan diadakan kat sana. Antaranya, Snake Chest, Rocky Mountain, F1 Kraze, Krazy Beans, Can Smash, Bolasepak, Electrifying Maze, Gedung Permainan Nintendo Wii dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, banyak lagi hadiah menarik disediakan untuk dimenangi oleh para peserta seperti telefon bimbit, pemain MP3, dan komputer riba melalui cabutan bertuah sepanjang berlangsungnya Temasya Jalanan tersebut. Seperti yang anda tahu, acara ini disokong oleh Nuffnang Malaysia, yakin Komuniti Blog pengiklanan terulung di Asia-Pasifik.

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI STREET FAIR INI?

1. Jemputan untuk menghadiri Temasya Jalanan Deodoran Gatsby dikhususkan khas untuk mereka yang berdaftar dengan Nuffnang Malaysia berdasarkan kecenderungan minat mereka untuk menghadiri Temasya Jalanan tersebut.

2. Walaubagaimanapun, untuk masyarakat umum yang ingin menyertai Temasya Jalanan ini, mereka boleh turut serta dengan melayari laman web Temasya Jalanan Deodoran Gatsby untuk memenangi 2 pas dengan meraih markah tertinggi dalam penyertaan permainan yang disediakan di laman web tersebut.

3. Cara lain untuk mendapatkan pas ke Temasya Jalanan tersebut ialah dengan mendapatkan borang penyertaan dari gedung Watson dan Guardian yang terdekat, ataupun dengan mana –mana pemborong yang menjual barangan jenama Gatsby dengan syarat membeli sebarang barangan jenama Gatsby. Masyarakat umum berpeluang untuk memenangi dua pas ke Temasya Jalanan tersebut dengan menghantar borang lengkap ke pejabat Gatsby.

10 PASANG JEMPUTAN UNTUK PEMBACA SENSASI SELEBRITI

Berita baik untuk pembaca Budiey.com, dengan ini Budiey sedang mencari 10 orang pembaca dan mereka boleh membawa seorang kawan untuk datang bersama memeriahkan Street Fair ini.

Bagaimana caranya?

Budiey dengan ini ingin menjemput 10 orang pembaca ke Street Fair Deodorant Gatsby dengan hanya menjadi penghantar email terawal. Tiada soalan dan tiada slogan! Sila emailkan kepada:

Tajuk Email: Saya Mahu Ke Street Fair Deodoran Gatsby

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Sila emailkan kepada:

Tarikh : Sabtu – 17 April 2010

Masa: 10 pagi hingga 5 petang

Venue : Berjaya Times Square Boulevard (Pintu Utama), Kuala Lumpur.

Sebanyak 40 gedung permainan disediakan khusus untuk para hadirin mencuba kemahiran mereka dalam permainan berunsurkan jalanan. Para peserta boleh meraih dan mengumpul mata dari setiap gedung dengan menyertai setiap permainan dan mata yang diperolehi boleh ditebus dengan produk Gatsby.

Gatsby jenama kosmetik lelaki tersohor yang menawarkan kepelbagaian produk perapian diri secara meluas dari kerapian rambut, penjagaan badan, perapian rupa, kepada pewarnaan rambut dan produk pencukuran bagi kaum lelaki.

Untuk sebarang maklumat lanjut. sila hubungi melayari laman web www.gatsby.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Lancar TV Full HD 3D LED TV di Malaysia

Shila OIAM & IZ OIAM Berjaya Ke WCOPA (World Championship of Performing Arts) Road to Hollywood