in

Samsung Lancar TV Full HD 3D LED TV di Malaysia

Baru-baru ini, Budiey telah menyaksikan satu pelancaran evolusi TV di Malaysia, iaitu satu pelancaran TV 3D Full HD LCD yang diadakan di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur. Berlangsung pada jam 10.30 pagi, event ni pastinya dinantikan oleh kita di mana bermulanya era TV di Malaysia. Kalau dulu, kita dihidangkan dengan tontonan 3D di pawagam, kini, kita boleh menikmati gambar yang lebih jelas dan hidup di depan mata di TV kat rumah pula.

Video sekitar pelancaran TV3D Samsung:

Budiey difahamkan sekarang, semua syarikat pengeluar TV telah bertungkus lumus dan berlumba-lumba untuk mengeluarkan TV 3D.

Tapi Budiey tertanya-tanya, adakah ramai antara kita yang nak tonton tv dalam bentuk 3D ini memandangkan DVD dalam 3D pun tak banyak dikeluarkan. Juga kalau nak kira stesen TV tak menyediakan servis 3D kepada penonton. Sekarang ini pun, untuk tengok perkembangan tontonan orang kita dalam bentuk full HD pun tak berapa pesat membangun.

Okay, berapa kerat dari kita yang dah subsscriba Astro HD?

Ini kan pula Tv dalam bentuk 3D?

Selain Sony, kini Samsung juga turut mengeluarkan produk terbaru ini. Budiey dah cuba mengalami sendiri tontonan TV dalam 3D ni. Memang best! Pengalamannya macam juga kita tonton 3D di pawagam.

4500570118 7Dd7Ed212B O | 4

4500569738 1Ce1715E05 O | 5

Teknologi 3D ini menjadikan gambar dilihat lebih nyata dan jelas di layar kaca dan kini anda boleh menikmatinya di rumah.

Untuk info pembaca, TV 3D adalah tv yang menggunakan teknik persembahan secara tiga dimensi, seperti anda melihatnya ia benar-benar berlaku di hadapan anda.

Apa bezanya dengan TV 2D? Perbezaannya, tv 3d ini menggunakan teknologi yang menghasilkan lapisan gambar visual yang khusus untuk menjadikan tampalan gambar menjadi tiga dimensi dan akan nampak begitu realistis. Sangat real! Hingga kita rasa nak sentuh aje watak dalam filem ini.

Penggunaan teknologi ini mampu menciptakan sebuah ilusi di otak penontonnya sehingga gambar yang disajikan di layar benar–benar terlihat hidup dan nyata.

Setelah era dunia industri tv yang diramaikan dengan penggunaan teknologi seperti liquid crystal display (LCD) dan light-emitting diode (LED) oleh pengeluar alat elektronik dunia berlalu, tahun ini pasaran elektronik tv ini diramaikan dengan persaingan televisi berteknologi 3D. Sejumlah pengeluar elektronik seperti Panasonic, LG, Sony, dan Samsung mulai menjadi pelpopor persaingan untuk memperkenalkan teknologi terbaru ini.

Antara model yang dihasilkan ialah LED 8000, LED 7000, LED 6000, LCD 750, PDP 7000, HT-C7550W dan BD – C6900 akan boleh dibeli di pasaraya dan pusat jualan Samsung pada bulan April ini. Manakala LED 9000 akan dilancarkan pada Julai 2010.

Samsung malah mengumumkan sebagai perusahan pertama yang memulai produksi massal TV Panel untuk TV LED 3D dan TV LCD 3D.

Samsung mulai memproduksi LED dan LCD yang kompatibel untuk panel 40 inci, 46 inci, dan 55 inci dengan tampilan penuh HD 3D menggunakan 3D Active Glasses.

Dengan menggunakan teknologi 240Hz, Samsung mampu memberikan tampilan penuh HD 3D, dan tampilan yang halus, natural, dengan gambar full-HD 3D yang dapat menangkap gerakan cepat dengan jelas.

Dengan menggabungkan teknologi 240Hz, yang beroperasi di 240 frame per saat, Samsung panel memberikan gambaran lebih hidup dengan citra yang disyncronize dengan pergerakan mata kanan dan kiri menggunakan teknologi 3D Active Glasses.

Samsung dengan teknologi 3D Active Glasses terbaru yang pertama mengeblok lensa kiri dan kemudian kanan yang menyebabkan jeda sesaat ketika gambar ditampilkan pada setiap mata guna mencapai gambar 3D lebih hidup.

Metode kacamata yang terpolarisasi sebelumnya pada kacamata 3D menghasilkan citra yang terpisah antara mata kiri dan mata kanan sehingga menghasilkan setengah dari resolusi gambar dua dimensi, yakni hanya setengah dari layar yang dapat terlihat melalui masing-masing filter polarisasi.

Ketajaman gambar juga menurun akibat filter polarisasi.

4499934725 7A417F2Af9 O | 6

Selain itu, tv 3d ini juga ada ciri-ciri HDMI built in dan 1.4 Ethernet connection, wireless-ready capabilities dan [email protected] Application boleh dimuatturun dari internet. Ia boleh dimainkan di TV.

Nak tahu harganya berapa RM? Okay, apa kata pergi je ke pusat jualan Samsung.

4500569278 1F33C432F4 O | 7

Pada 31 Mac lalu, pelancaran TV 3D ini dilancarkan oleh Managing Director Samsung Malaysia, Yu Jai Sul, Vice President, Chan Lock, Marketing Director, Jimmy Tan, AV Business Manager – Nicholas Kye dan AV Marketing Leader – Chong Xu Jenn.

Samsung yang telah melancarkan 3D LED TV, 3D LCD dan 3D Plasma TV, pemain Blu Ray dan set teater rumah. Dengan teknologi yang digunakan, lahirnya set Full HD 3D Plasma TV ini diyakini mampu mendatangkan sebuah revolusi baru dalam tontonan sehari-hari dan memberikan pengalaman baru dalam menonton televisi di rumah.

Televisi ini mampu mengubah warna gambar menjadi lebih nyata.

4500528110 A387E2A469 O | 8

4509524555 6E70C7E56C O | 9

4500568832 A3B12A2F19 O | 10

4510163892 9C7E37466C O | 11

4509525017 B5E2798960 O | 12

4509525207 Dbb0D21Aec O | 13

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pengambaran Temubual Budiey Bersama IN TREND RTM

Rebut Jemputan Untuk Pembaca Budiey.com Ke Street Fair Gatsby