in ,

Shila OIAM & IZ OIAM Berjaya Ke WCOPA (World Championship of Performing Arts) Road to Hollywood

Pada 10 April 2010 – Sabtu yang lalu, Finale WCOPA (World Championship of Performing Arts) Road to Hollywood telah berlangsung di Istana Budaya. Budiey difahamkan ramai sekali pembaca budiey.com hadir di IB untuk menyaksikan pertandingan ini secara live. Dihoskan Awal Ashaari, finale ini juga akan disiarkan di RTM tak lama lagi.

Rasanya, tak perlulah Budiey ceritakan tentang pertandingan ini kerana rata-rata dah tahu tentang kewujudan pertandingan bersifat ‘world’ ini. Kalau tahun lepas, Bob dan Siti Sarah telah berjaya mewakili Malaysia di Hollywood. Dan untuk tahun ini, Shila OIAM, IZ OIAM dan Cheryl Koh yang baru 14 tahun (kategori kanak-kanak) telah berjaya untuk mewakili Malaysia di Hollywood. Pastinya korang berbangga membawa dan mengibarkan Jalur Gemilang di Hollywood pada bulan Julai ini.

Shila OIAM nyanyi lagu Memori Tercipta dan Aint No Other Man (Christina Aguilera). Manakala IZ OIAM nyanyi lagu Vanishing dan lagu TIME  yang menjadi lagu pertama IZ nyanyi masa OIAM2.

Tahniah buat kedua-dua bintang realiti TV ini. Mesti korang dah bersiap sedia mempertajamkan lagi vokal untuk masa ini.

Seramai 12 peserta kategori vokal yang terdiri daripada penyanyi amatur dan juga professional seperti IZ, Shila, Rizu, dan Nadia AF sampai ke peringkat final. Bakat vokal mereka telah diadili oleh Deja Moss serta Noryn Aziz.

Persaingan amat sengit di antara peserta-peserta Kategori Vokal tahun ini yang menyaksikan peserta dari seluruh pelusuk negara melalui peringkat ujibakat, Semifinal dan Final yang baru berakhir Sabtu lepas di Istana Budaya.

Setiap peserta Kategori Vokal dikehendaki menyanyikan dua buah lagu dengan setiap lagu hanya diberi masa seminit untuk dipersembahkan bagi membuktikan bakat dan kekuatan vokal nyanyian mereka.

Budiey sempat menemubual IZ OIAM melalui Facebook untuk mendapatkan komen beliau.

Budiey: Tahniah untuk IZ sebab dah berjaya ke Hollywood. Tak sangka IZ yang menang. So apa komen IZ?

IZ OIAM: Alhamdullillah. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana bakat vokal dan nyanyian saya akhirnya mendapat pengiktirafan pada malam ini malah melayakkan saya untuk mewakili Malaysia ke pertandingan World Championship of Performing Arts di Hollywood yang akan berlangsung Julai depan.

Budiey: So, macamana persiapan you nanti? Sebab bukan calang-calang jugak nak bertanding kat Hollywood.

Gementar juga rasanya kerana saya bakal bertembung dengan bakat-bakat hebat lain yang datang dari seluruh pelusuk dunia seperti yang telah dilalui oleh Bob tahun lepas. Saya juga berasa amat gembira kerana langkah saya semakin terbuka di dalam industri ini walaupun selama ini banyak pihak yang melemparkan kata-kata sinis malah memandang rendah kehadiran saya di dalam industri muzik tempatan. Sekarang ni, saya dah pun mulakan persiapan dan saya janji akan buat yang terbaik untuk Malaysia.

Budiey: Mungkin banyak persepsi dari peminat dan orang ramai kat luar sana tentang kemenangan IZ? Sebab mungkin selama ni, nama IZ taklah mendapat tempat. So, apa komen you?

IZ OIAM: Pinta saya kepada pihak-pihak tersebut adalah untuk diberi peluang bagi saya membuktikan bakat yang dikurniakan tuhan. Sebelum ini, mungkin ramai yang tidak perasan kehadiran saya di dalam industri muzik tempatan kerana selepas kelahiran EP Gonna Be Alright pada 2008, saya lebih dikenali dan lebih mengutamakan pasaran bahasa Inggeris.

Budiey: Saya dapat tahu yang IZ ni dah popular kat luar negara sebab banyak ke sana untuk perform. Tapi kat Malaysia, nama you kurang menyerlah. Agak-agak kenapa ya?

IZ OIAM: Ini mungkin kerana lagu-lagu Inggeris saya bukan sahaja diputarkan di sini, malah Australia, India, Singapura dan Sepanyol. Saya tidak mengutamakan pasaran Melayu sebelum ini kerana majoriti produk rancangan realiti di Malaysia hampir kesemuanya lebih fokus ke pasaran Melayu jadi itulah kelainan yang telah saya tampilkan sebelum ini.

Buat masa ini saya sedang cuba menghabiskan rakaman lagu-lagu Melayu bagi album penuh yang akan diberi tajuk GEMINI, menampilkan single Melayu pertama, ‘JAUH’.

Budiey: Share sikit apa yang u rasa bila dah menang ni? You optimis tak akan menang?

IZ OIAM: Pada malam ini juga, telah saya buktikan yang saya mempunyai bakat di dalam bidang nyanyian dan bukan hanya menyarungkan busana-busana indah ciptaan pereka-pereka terkemuka di majlis-majlis red carpet.

Saya juga berasa amat bertuah kerana masih tidak sangka bakat nyanyian saya pada tahun ini bukan sahaja telah membawa saya ke India, London, dan Sepanyol malah ke Hollywood tidak lama lagi! I am so happy!

Insya-Allah, akan saya cuba peruntukkan masa yang secukupnya bagi mempersiapkan diri secara mental dan fizikal bagi pertandingan ini. Malam ini sememangnya istimewa bagi saya kerana amat berbangga dengan pencapaian berkat sokongan ibubapa, kawan-kawan dan juga para peminat. I am nothing without them. Wish me luck OK? Thank you!”

Budiey: Okay IZ, good luck to you!

IZ OIAM: Thank you, Budiey.

Kalau nak tau lebih pasal IZ lawati www.imborntosingsongs.blogspot.com

Salah satu lagu yang telah dinyanyikan oleh IZ di Istana Budaya Sabtu lepas yang bertajuk VANISHING:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rebut Jemputan Untuk Pembaca Budiey.com Ke Street Fair Gatsby

Kesatria Poyos Game Facebook Semakin Popular