in ,

Watak & Sinopsis Filem KALA MALAM BULAN MENGAMBANG

Sinopsis Kala Malam Bulan Mengambang 

‘Kala Malam Bulan Mengambang’ adalah sebuah filem hitam putih yang merungkai misteri kehilangan pemuda di pekan Senduduk Rimbun pada setiap kali purnama menjelang. Misteri bermula apabila tayar kereta Saleh, seorang wartawan ditusuk sesuatu yang menyerupai rangka tangan sedang memegang ukiran lama berbentuk keris. 

Tayar kereta yang pancit menyebabkan Saleh terpaksa menghantar keretanya ke bengkel Jongkidin dan bermalam di pekan itu. Sepanjang berada di pekan Senduduk Rimbun, Saleh menyedari penduduk pekan itu seakan-akan menghalaunya pergi dari situ. Semakin lama Saleh tinggal di pekan itu, semakin banyak perkara misteri berlaku.   

Ada orang tangan merah! Ada jembalang! Ada keris! Walaupun telah diberhentikan tugas sebagai wartawan tetapi naluri kewartawanan yang sangat kuat dalam dirinya menyebabkan Saleh bertekad merungkai setiap kejadian misteri yang berlaku di pekan Senduduk Rimbun. 

Nantikan kemunculan ‘Kala Malam Bulan Mengambang’, sebuah karya hitam putih berlatarkan tahun 1950an yang dibintangi Rosyam Nor, Umie Aida, Farid Kamil, Avaa Vanja, Corinne Adrienne, Bront Palarae, Kuswadinata, David Teo, Mohd Hitler Zami, Sofi Jikan dan Corrie Lee.

WATAK PERWATAKAN

ROSYAM NOR sebagai SALEH
Saleh adalah seorang bekas wartawan yang bertanggung jawab dan berani menghadapi cabaran. Beliau masih tidak dapat lari dari minat dan naluri kewartawanan yang gemar mengupas permasalahan masyarakat. Saleh tidak pernah berputus asa untuk merungkai misteri pekan Senduduk Rimbun.

UMIE AIDA sebagai CIK PUTIH
Seorang wanita cantik yang digilai ramai tetapi penuh misteri yang tersirat di sebalik penampilannya.  Tersepit antara cinta, kasih sayang dan kekeluargaan. 

AVAA VANJA sebagai MISS ROGAYAH
Penyanyi kabaret yang telah jatuh cinta dan dipaksa oleh ibu bapa untuk mengahwini Saleh. Berperwatakan seksi, agak kasar dan suka memaksa bagi mendapatkan sesuatu yang diingininya.

CORINNE ADRIENNE sebagai DOREEN CHUA
Seorang wanita misteri yang banyak berahsia dan empunya pusat hiburan kabaret.  Bersifat angkuh, ego dan mementingkan diri sendiri.

DAVID TEO sebagai TAUKEH HOTEL
Seorang taukeh hotel yang tidak mempedulikan orang lain. Beliau hanya mementingkan keuntungan perniagaan hotel yang dijalankannya semata-mata.  Bersikap selamba tetapi kelakar.

KUSWADINATA sebagai Dr. RUSHDI
Seorang pakar sejarah yang sedang menjalankan penyiasatan ke atas misteri sumpahan sebilah keris pusaka.

2098438797 4Fb37B4D47 O | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramli MS Pengetua Akademi Fantasia Musim ke-6

Bond 22 Film Production Starts Today at London