in , ,

LoveLove

Raja Syahiran Mengaku Rapat Dengan Uyaina Arshad, Masih Dalam Fasa Kenal Hati Budi

Penyanyi dan bintang Dansa dan Sing, Raja Syahiran mengakui sedang berkenalan dengan pengacara dan pelakon Uyaina Arshad.

Hadir berbaju putih sedondon ketika majlis resepsi Mira Filzah memberi petanda hubungan yang terjalin antara pasangan selebriti, Uyaina Arshad dan Raja Syahiran.

Sebelum ini, mereka dikatakan berbalas komen mesra menerusi laman Instagram (IG).

Mengulas desas-desus hubungan istimewa, Raja Syahiran berkata, mereka masih dalam fasa awal perkenalan.

Raja Syahiran Mengaku Rapat Dengan Uyaina Arshad, Masih Dalam Fasa Kenal Hati Budi
Raja Syahiran Mengaku Rapat Dengan Uyaina Arshad, Masih Dalam Fasa Kenal Hati Budi

“Kami mula kenal sejak 7 Mac lalu. Setakat ini, kami dalam fasa perkenalan. Keluarga kami juga tiada halangan kami berkawan,”

“Sebenarnya, saya dah lama kenal Uyaina, tapi semenjak beberapa bulan lalu hubungan kami rapat. Saya selesa berkawan baik dengan Uyaina kerana dia seorang yang baik.

“Saya kenal Uyaina menerusi kawan. Dia berkawan dengan adik beradik Melvins seperti saya. Cuma, mulanya kami tidak pernah bertegur sapa.

“Mahu dijadikan cerita, kami terserempak ketika menghadiri satu acara. Daripada situ, kami mula jadi rapat,” 

– Raja Syahiran
Raja Syahiran Mengaku Rapat Dengan Uyaina Arshad, Masih Dalam Fasa Kenal Hati Budi

Raja Syahiran yang juga bekas peserta program realiti Dansa dan Sing itu berkata, secara peribadi, dia amat menyenangi Uyaina.

“Berbual dengannya menambahkan keseronokan hingga saya rasa susah nak berhenti bercakap.

“Uyaina petah dan bijak, perbualan jadi lebih menarik dan sentiasa ceria. Kami tak berbual kosong dan itu yang membuatkan saya senang berkawan dengannya,” 

– Raja Syahiran
Raja Syahiran Mengaku Rapat Dengan Uyaina Arshad, Masih Dalam Fasa Kenal Hati Budi

Menurut Raja Syahiran, Uyaina merupakan seorang gadis yang bijak dan menyenangkan.

“Apa yang membuat saya selesa berkawan rapat dengan Uyaina adalah kerana dia merupakan seorang gadis yang berfikiran jauh. Boleh dikatakan, kami tak pernah berborak kosong.

“Ada saja topik yang kami bincangkan dan dia juga mempunyai personaliti yang ceria dan perkara itu membuatkan ramai orang selesa bersahabat dengan Uyaina,

– Raja Syahiran

Raja Syahiran berkata, majlis resepsi Mira menjadi percubaan pertama keluar bersama di khalayak ramai.

“Secara kebetulan, saya lapang jadi tak salah menemaninya,” katanya.

– Raja Syahiran
Raja Syahiran Mengaku Rapat Dengan Uyaina Arshad, Masih Dalam Fasa Kenal Hati Budi

Sementara itu, Uyaina berkata, hubungan mereka masih pada peringkat saling mengenali. Menurutnya, hubungan persahabatan yang dibina itu lama kelamaan semakin rapat dan mesra.

“Seperti sebelum ini pun, saya tidak terlalu dedahkan soal peribadi kepada umum, misalnya saya bersama siapa sebelum ini.

Kalau boleh biarlah orang kenal kita dari segi prestasi seni, berbanding isu gosip semata-mata.

Cuma sebagai manusia dengan siapa kita berkawan ia menjadi satu fasa dalam bidup. Buat masa sekarang, saya selesa berkawan dengannya.”

– Uyaina Arshad

Ketika ditanyakan apakah ciri-ciri yang ada pada Raja Syahiran yang membuatkan dirinya tertarik kepada figura tersebut itu adalah kerana sikap kematangan Raja dalam pemikiran serta rajin bekerja.

Raja Syahiran Mengaku Rapat Dengan Uyaina Arshad, Masih Dalam Fasa Kenal Hati Budi

“Masih fasa berkawan, biarlah kami kenal dahulu.

“Saya menyenangi sikap Raja Syahiran. Dia jenis bijak, malah cara kami berfikir lebih kurang sama terutama hal membabitkan persefahaman dalam hubungan.

“Lebih menyenangkan, Raja Syahiran seorang yang baik, menghormati orang lain dan rajin,”

– Uyaina Arshad

Menjawab pula soalan sama ada dia bakal mengikuti jejak langkah artis seperti Mira Filzah yang mengambil keputusan untuk bernikah ketika di puncak kegemilangan, Uyaina mempunyai alasan tersendiri.

Raja Syahiran Mengaku Rapat Dengan Uyaina Arshad, Masih Dalam Fasa Kenal Hati Budi

“Untuk berkahwin saya rasa ia pasti menjadi impian setiap orang. Buat masa sekarang, untuk ke fasa tersebut mungkin tidak dalam waktu terdekat.

Sekarang saya pilih untuk fokus pada karier dan banyak lagi cita-cita yang belum ditunaikan pada ibu..”

– Uyaina Arshad

Uyaina Arshad kini sibuk dengan penggambaran drama Perempuan Tanpa Dosa di sisi Uqasha Senrose, Kamal Adli dan Yusuf Bahrin.

Sebelum ini, dakwaan mengatakan Syahiran dan Uyaina menjalin hubungan timbul selepas mereka sering berbalas komen mesra di laman Instagram.

Menguatkan lagi khabar angin, mereka tampil berdua ke majlis resepsi perkahwinan Mira Filzah dengan menyarungkan busana sedondon.

*Sumber: BH Online

What do you think?

41 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

Selepas Viral Video Maki di Restoran, Influencer Ini Cakap Badan Orang Serupa B*bi

Bintang Hip Hop Alan D, AxelJonas & Somean K-Clique Bergabung Hasilkan Single JAUH