in , ,

Uyaina Arsyad Terima Kejutan dari Raja Syahiran di Program MeleTop, Ini Sebenarnya Berlaku

Video Uyaina Arshad terima kejutan daripada keluarga dan Raja Syahiran di program melet0p. Wah, ramai yang ingatkan Raja Syahiran nak melamar. Sweet betul kejutan daripada ibu dan teman istimewa, sampai menangis Uyaina dibuatnya.

Bekas juara Pencarian Nona Manis, Uyaina Arshad bukan sahaja berbakat dalam bidang pengacaraan namun kini sedang giat melebarkan sayap dalam bidang lakonan. Lakonannya yang berkesan membuatkan Uyaina banyak menerima tawaran berlakon drama-drama tempatan kini.

Malam tadi, program MeleTop berlangsung dan menampilkan Uyaina sebagai hos jemputan. Uyaina ada berkongsi moment kejutan yang diterimanya dalam program tersebut di akaun Instagramnya. Uyaina yang memakai gaun merah kelihatan sangat cantik di sisi hos tetap, Nabil Ahmad.

Raja Syahiran Mengaku Rapat Dengan Uyaina Arshad, Masih Dalam Fasa Kenal Hati Budi

Memandangkan malam tadi merupakan malam terakhir Melet0p bersiaran pada tahun 2020, maka terdapat kejutan dibuat untuk Uyaina. Uyaina menerima video ucapan yang menyentuh hati daripada ibunya. Uyaina kelihatan begitu terharu sehingga menit1skan air mata sewaktu mendengar ucapan dan kata-kata nasihat daripada ibunya.

Namun apa yang lebih menarik, moment sedih terus bertukar sweet sewaktu penyanyi, Raja Syahiran datang sebagai rider Food Panda dan memberikan bunga kepadanya. Selepas itu kej0tan yang sebenar apabila ibu dan abang Uyaina turut hadir ke program tersebut.

Seronok betul Uyaina menerima kej0tan daripada pihak Melet0p. Peminat juga tidak ketinggalan memberi komen mengusik Uyaina. Antara komen-komen mereka adalah :

” Aloooo shian dia dont cry.. Happy bday to your beautiful umi.. ” – Ramona Zamzam

” Tahniah.. yana dpt kej0tan demi kejutan dr org2 tersayang.. lps ni bolehlah buka company berkaitan food delivery pulak.. “

” Comel je abg u ye.. Nabil kerja menyakat je. Apa pon umi mmg terbaik. Suka dengar, lembut je cakap dalam lembut penuh nasihat.. “

” Best surpr1se semalam.. thanks melet0p, bukan kesayangan uyainaarshad Je tau yg terkej0t kita pun terkej0t, kita pun happy liat kesayangan happy bersama orang2 tersayang, tv korang pasti bersemut kan semalam.. “

” Amboi best la hari nie ada MELET0P bagi special episode Untuk Uyaina.. We just wanna see u happy, Terharu cheq.. cheq teringat arw4h mak cheq.. “

” What a nice surprised.. a very precious moments with the precious peoples.. happy for u, Engat nak kene melamar tadi.. gement4r I tengok hokay.. “

” Masa abam food panda buka helmet, terus bersemut tv kat umah, Seronoknya mlm tadi tengok Yana dan keluarga serta bakal imam.. “

” Alhamdulillah… so sweet dpt kej0tan… jgn sed1h hokay… Uyaina.. wiwwit.. ckp kat umi peminat dia kirim salam tauu uyainaarshad.. “

Keluarga adalah anugerah terindah buat semua. Sudah pastinya kej0tan yang diterima Uyaina di program MeleTop akan tersemat dalam ingatan sampai bila-bila.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pereka Fesyen Pierre Cardin Meninggal Dunia di Usia 98 Tahun

Senarai Program Menarik Sempena Tahun Baharu 2021 di TV2