in , ,

Betul Ke Raja Syahiran Sedang Bercinta dengan Uyaina Arsyad?

Bertindak berkongsi gambar dengan penyanyi Raja Syahiran di atas pelamin bersama pasangan merpati dua sejoli Mira Filzah dan Wan Emir ketika hadir meraikan majlis resepsi pasangan tersebut, pengacara Uyaina Arsyad khabarnya kini sedang hangat bercinta dengan jejaka itu.

Mungkin betullah khabar angin yang mengatakan Uyaina Arshad sedang rapat dengan penyanyi dan bintang Dansa dan Sing, Raja Syahiran. Mengintai satu posting di Instagram, kedua-dua mereka juga dilihat menggayakan busana putih seakan telah bersepakat untuk tampil sedondon di majlis perkahwinan selebriti tersebut.

Betul Ke Raja Syahiran Sedang Bercinta dengan Uyaina Arsyad?

Tambah menarik, kisah cinta pasangan ini juga khabarny mula dihidu warganet apabila Uyaina dikatakan serin meninggalkan komen di Instagram Syahiran. Bahkan, ulasan-ulasan yang dititip Uyaina juga dikatakan berbentuk mesra seperti pasangan yang sedang dilamun cinta.

Bagaimanapun, sehingga kini Uyaina dikatakan masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung status terkininya selepas dirinya didakwa telah putus cinta dengan penyanyi daripada negara sebarang Indonesia iaitu Reza Zakarya.

Betul Ke Raja Syahiran Sedang Bercinta dengan Uyaina Arsyad?
Uyaina Arsyad

Meskipun begitu, andai jodoh kuat di antara Uyaina dan Syahiran, sama-sama kita doakan agar hubungan ini berkekalan hingga ke jenjang pelamin.

Sekadar informasi, Uyaina pernah digosipkan Reza, namun segalanya musnah apabila lelaki berketurunan arab itu dikhabarkan telah bertunang dengan gadis pilihan hatinya.

Biarpun begitu, Uyaina mengakui langsung tidak bersedih sebaliknya percaya jejaka itu berhak untuk menentukan kehidupannya sendiri.

What do you think?

51 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ras Adiba Radzi

Ras Adiba Radzi Jawab Dakwaan Kembali Buka Tudung

Pengakuan Ernie Zakri Luah Perasaan Cinta Dulu Pada Syamel