in , , ,

Sinopsis Drama Taiwan, SCHOOL BEAUTY PERSONAL BODYGUARD di TV2

Setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5.00 petang menerusi saluran TV2, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan drama bersiri Taiwan diberi tajuk “School Beauty’s Personal Bodyguard” arahan Wu Jian Xin.

Menampilkan lakonan mantap pelakon utama Chung-Lin Li, Xiyue Cao, dan Elaine Wan, 24 episod drama bersiri ini menonjolkan kisah penceritaan bila mana setelah beberapa tugasan berakhir dengan jayanya individu sama memperolehi pula beberapa faedah tambahan. 

Plot perjalanan cerita ini berkisar tentang pemuda kacak bernama Lin Yi (Li Chung Lin) adalah tuan wushu yang ditawarkan sejumlah besar wang oleh seorang jutawan untuk melindungi anak perempuannya, Chu Meng Yao (Cao Xi Yue).

Meng Yao merupakan gadis paling cantik dan popular di universiti tempat mereka belajar seringkali diganggu oleh rakan sekuliahnya yang lain. Disebabkan itu ayahnya mengupah Lin Yi melindungi anaknya daripada sebarang gangguan agar anaknya dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajarannya. 

poster

Ketika itu juga Lin Yi mendaftar di universiti yang sama untuk menjadi pengawal peribadi Meng Yao. Dengan itu dia dapat sentiasa mengawal pergerakan anak majikannya itu. Li Yin teruja dengan persekitaran barunya kerana di sana dia mendapati dirinya dikelilingi oleh banyak rakan-rakan sekuliah yang cantik. 

Pada awalnya, Lin Yi agak terganggu dengan sikap Meng Yao yang manja dan agak sukar mendengar kata. Hubungan mereka seringkali dingin dan Meng Yao membuatkan Lin Yi kurang selesa dan hampir putus asa.

Masa berlalu dan kerana kerap meluangkan waktu bersama wujud bibit-bibit cinta antaranya keduanya. Namun mereka bijak dalam menyembunyikan perasaan sendiri. Namun sampai bilakah ianya mampu dipendam? Adakah keluarga dan orang-orang di sekeliling mereka merestui hubungan tersebut? Ikuti kesudahannya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raja Syahiran Mengaku Rapat Dengan Uyaina Arshad, Masih Dalam Fasa Kenal Hati Budi

Bintang Hip Hop Alan D, AxelJonas & Somean K-Clique Bergabung Hasilkan Single JAUH