in ,

Selepas Viral Video Maki di Restoran, Influencer Ini Cakap Badan Orang Serupa B*bi

Baru-baru ini ,viral video live wanita yang mendakwa telah dihalau oleh pemilik sebuah restoran terkenal di Melaka. Melalui video itu, dia telah dihalau ketika baru hendak membuat live untuk promosikan produk kurus miliknya.

Gambar Hiasan

Video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di mana ada yang berkata pemilik restoran tersebut memang kurang ajar dan ada juga yang tidak suka dengan caranya yang dilihat mengeluarkan kata-kata kesat.

Selepas viral video di restoran tersebut, semalam kecoh pula tentang video live lain daripada wanita yang juga pengasas produk kurus itu. Rupanya, wanita yang bernama Eira itu telah membuat satu FB live pada Ogos lepas namun baru saja viral dek kerana mulut dan bahasa yang digunakannya.

Melalui live itu, Eira telah mengeluarkan kata-kata kesat, memaki hamun dan turut body shaming seorang pengguna Facebook dengan berkata badannya ‘serupa b*bi’. Difahamkan, pengguna Facebook tersebut bertanya tentang keberkesanan produk kurus tersebut.

Secara tiba-tiba, FB live yang pada mulanya menunjukkan dia memasak itu bertukar menjadi kacau bilau apabila Eira terus memaki hamun pengguna Facebook berkenaan.

Eira kemudian turut menunjukkan profil serta gambar pengguna Facebook itu kepada pengikutnya di FB live tersebut. Dia kemudian turut body shaming pengguna itu dan

Hang tengok diri hang! Sedaq diri hang tu sendiri. Hang pakai baju pengantin pun gemuk serupa b*bi tau.”

Aku tau pasaipa hang marah sangat dengan produk kuruih. Sebab badan hang pun serupa b*bi.”

Buat permohonan maaf, mengaku tak boleh kawal emosi

Selepas viral dua buah video menunjukkannya mengeluarkan kata-kata kesat dalam keadaan marah, Eira tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Facebook, semalam.

Ini adalah antara yang ditulisnya di Facebook:

“Jujur Eira katakan, SALAH TETAP SALAH. Sebagai individu yang jauh lebih muda Eira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gagal mengawal emosi dan amarah sehingga tutur dan kata Eira telah menyinggung hati banyak pihak. Insiden-insiden tersebut telah menyebabkan ramai Follower Eira yang Eira sayang telah berkecil hati dan sekaligus timbul pelbagai salah faham dan prasangka buruk.”

“Insiden yang tular ini juga telah memberikan kesan yang amat dalam pada seluruh ahli keluarga Eira, Sahabat², terutamanya Suami Eira dan Anak serta agen-agen di seluruh Malaysia.” 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelik Tapi Benar! Remy Ishak Dedah Rahsia Masih Malu Depan Kamera

Raja Syahiran Mengaku Rapat Dengan Uyaina Arshad, Masih Dalam Fasa Kenal Hati Budi