in

Rahim Tidak Makan Nasi Sebulan Demi MisiXLRahim

Setelah sebulan Rahim menjalani cabaran ‘MisiXLRahim’ untuk menurunkan ukuran badannya dari XXXL ke XL. Program ‘MisiXLRahim’ mendapat perhatian banyak pihak termasuklah nitizen yang tidak henti-henti memberikan sokongan kepadanya untuk tidak berputus asa demi kebaikan dirinya.

Sedikit demi sedikit perubahan dapat dilihat apabila Rahim berjaya mengharungi beberapa cabaran sebelum impian untuk mendapat ukuran badan kepada XL.

Rahim Tidak Makan Nasi Sebulan Demi ‘Misixlrahim

Berbekalkan kekuatan mental dan fizikal yang kuat, Rahim berjaya mengamalkan jadual pemakanan yang sihat sehingga dapat menurunkan berat badannya hampir 13 kilogram hanya dalam masa 8 hari.

Namun begitu, misinya untuk cabaran ‘MisiXLRahim’ masih belum terhenti, kerana beliau perlu bersedia untuk mendapatkan ukuran XL itu melakukan pecutan akhirnya dalam menurunkan beratnya sebelum misi ini tamat pada 25 Ogos 2017 nanti.

Rahim, telah pun diberi masa selama 5 minggu untuk menurunkan berat badan sebanyak 25 kilogram, pada bulan Julai sahaja dia telah menurunkan beratnya hampir 13 kilogram dari 125.4 kilogram kepada 112.8 kilogram.

Setakat Jumaat lepas, Rahim telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 21.6 kilogram. Antara rahsia yang dikongsikan oleh Rahim adalah, beliau cuba mengelakkan dirinya dari mengambil makanan berminyak, masin dan manis.

Selain itu, Rahim juga tidak mengambil nasi sepanjang program ‘MisiXLRahim’ berlangsung. Setiap hari juga Rahim mengamalkan senaman bersama jurulatih yang juga merupakan penasihatnya supaya mendapatkan keputusan yang lebih drastik.

Rahim Tidak Makan Nasi Sebulan Demi ‘Misixlrahim

Sepanjang misi ini, Rahim turut dibantu dan dilatih oleh dua coach iaitu Agam dan Aminah yang sentiasa mengawasi struktur permakanan dan senaman Rahim sepanjang program ini berlangsung. Tidak ketinggalan, keluarga Sinar FM serta rakan-rakan seperjuangannya Jep dan Shuib dari Sepahtu Sinar juga turut sama memberikan sokongan padu kepada Rahim demi mencapai impiannya untuk mempunyai ukuran badan XL.

Pada hari terakhir misi itu nanti, berat Rahim akan ditimbang dan diumumkan di acara penutup ‘MisiXLRahim’ yang akan berlangsung pada jam 8 pagi bertempat di ‘No Man’s Land’ Astro. Pada hari yang sama, Sinar FM turut mengadakan siaran langsung (OB) dari lokasi acara akhir itu nanti.

Majlis ini akan di hadiri para selebriti tempatan untuk memberi sokongan kepada Rahim. Di akhir majlis tersebut, Sinar FM turut menganjurkan sesi Zumba beramai-ramai. Untuk sebarang maklumat, sila layari sinar.fm dan ikuti media sosial Sinar FM di Facebook, Instagram dan Twitter atau dengarkan Sinar FM di frekuensi lokasi anda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Kini Melancarkan Samsung Newsroom Malaysia

Dove Lancar Pencarian Wanita Sejati Malaysia #IamRealBeauty