in

Dove Lancar Pencarian Wanita Sejati Malaysia #IamRealBeauty

Sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-60, Dove ingin menyerlahkan kecantikan wanita Malaysia yang unik dan tersendiri dengan menjemput wanita-wanita di Malaysia untuk berkongsi kecantikan sebenar mereka dengan menggunakan hashtag #IamRealBeauty. Pencarian ini juga dianjurkan sempena sambutan Real Beauty Dove yang ke – 60, untuk memberi peluang kepada wanita Malaysia menjadi sebahagian daripada wajah-wajah yang akan dipaparkan dalam kempen Real Beauty Dove.

IamRealBeauty

Pencarian kecantikan sebenar wanita sejati Malaysia bersama Dove

Jika Malaysia mempunyai sebuah gambar profil kemungkinan besar kita akan melihat mata yang besar, hidung dan mulut yang kecil, wajah yang cerah, dan rahang yang berbentuk v. Namun begitu, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai rakyat yang berasal daripada pelbagai rumpun bangsa di Asia dan takrif kecantikan ini ternyata terlalu sempit dan tidak menggambarkan kepelbagaian yang menjadikan Malaysia begitu istimewa. Justeru, Dove ingin mengubah persepsi ini.

Dove mengumumkan #IamRealBeauty – pencarian wanita sejati Malaysia untuk kempen Real Beauty Dove yang akan datang

Sempena kemerdekaan tahun ini, Dove ingin mengingatkan wanita Malaysia bahawa tidak ada satu takrif kecantikan yang unggul dan universal sebaliknya terdapat banyak, dan wanita-wanita di Malaysia ingin anda berkongsi kecantikan sebenar dengan mereka. Kepelbagaian budaya dan etnik bangsa adalah kebanggaan negara ini.

Oleh itu, wanita Malaysia sewajarnya yakin dengan memperagakan kecantikan masing-masing walaupun mereka mempunyai budaya yang berbeza. Seiring dengan ulang tahun Kemerdekaan Negara yang ke- 60, wanita Malaysia boleh kongsikan erti kecantikan sebenar bagi mereka, dengan memuat naik gambar di Instagram dengan hashtag #IamRealBeauty, untuk menonjolkan kecantikan wanita Malaysia tidak kira warna kulit, jenis rambut dan juga usia mereka.

Langkah-langkah menyertai #IamRealBeauty

Anda hanya perlu memuat naik gambar anda di Instagram dengan hashtag #IamRealBeauty dari 21hb Ogos hingga 1hb Oktober 2017 untuk merebut peluang untuk dipaparkan dalam kempen Real Beauty Dove yang akan datang, juga di laman sesawang Dove.com/my. Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk menyertai:

1. Muat naik gambar swafoto (selfie) atau gambar terbaik anda yang menyerlahkan kecantikan sebenar menurut pandangan anda

2. Hashtag #IamRealBeauty

3. Pastikan profil anda adalah untuk tatapan umum (public), agar kecantikan anda dapat diakses oleh pihak Dove

Gambar-gambar yang dimuat naik menggunakan #IamRealBeauty akan dikumpulkan dan para wanita yang terpilih akan dipaparkan di Dove.com/my dan kempen pengiklanan Dove pada 2018.

Ikrar Real Beauty Dove
Usaha menampilkan wanita sebenar dalam kempen pengiklanannya adalah satu daripada janji yang membentuk Ikrar Real Beauty Dove yang diumumkan awal tahun ini. Ikrar Real Beauty Dove ialah komitmen kami bagi memaparkan kecantikan sebenar, yang merangkumi tiga janji kami untuk menghargai wanita di mana-mana sahaja; untuk tidak menggunakan model dalam kempen, untuk sentiasa memperagakan wanita seadanya dan untuk berusaha memberi keyakinan wanita dengan tubuh badan mereka. Itulah sebabnya kami ingin mengingatkan wanita Malaysia bahawa tidak hanya ada satu wajah kecantikan – malahan berjuta.

Mengenai Dove
Pada tahun 1957 Dove melancarkan sabun kecantikan lambang keunggulannya, yang kekal sebagai produk tunggalnya sehingga pelancaran Moisturizing Body Wash (Pelembap Mandian Badan) di Amerika pada tahun 1995. Selepas itu, kategori tambahan segera menyusul di seluruh dunia: deodoran pada tahun 1997 dan losen badan pada tahun 1998. Pada tahun 1999, Dove berjaya dilancarkan di Jepun. Dan pada tahun 2000, pelancaran Penjagaan Rambut Dove berlangsung di Taiwan, disusuli dengan pelancaran secara agresif di negara-negara lain. Kini Dove boleh didapati di lebih 80 negara dan merupakan salah satu jenama kecantikan yang terbesar di dunia. Jenama ini telah dibangunkan berasaskan satu prinsip mudah: membuat janji sebenar kepada pengguna, dan sentiasa menunaikannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rahim Tidak Makan Nasi Sebulan Demi MisiXLRahim

David Beckham Terbang Ke Malaysia Untuk Hadir di AIA Vitality Wellness Festival