in

Quotes of the Day: Rima Melati Adam Sudah Ada Kekasih?

Budiey Blog“Entahlah, Rima tidak tahu macam mana gosip ini boleh timbul sebab sebelum ini pun Rima memang sudah berkawan dengan Fahrin. Kami pernah sama-sama terlibat dalam satu penggambaran dulu. Rima memang tidak ada niat sebab apa yang terjadi bukannya dirancang, jadi bila perkara ini timbul Rima anggap seperti tiada apa-apa berlaku kerana memang benar kami berkawan tetapi sekadar kawan baik sahaja. Memang benar kami ada keluar makan bersama tetapi sebagai rakan, jadi apa masalahnya, saya pun tidak tahu kenapa orang ramai boleh berfikir yang bukan-bukan sebab persahabatan kami ikhlas.”

“Bukanlah (ketawa), saya pun sudah ada teman lelaki di luar negara, kami kenal agak lama, jadi kenapa pula saya mahu bercinta dengan Fahrin sedangkan saya sudah ada kekasih. Lagi pun teman lelaki saya juga tahu tentang persahabatan kami, malah dia amat risaukan Fahrin apabila gosip putus hubungan antara dia dan Linda keluar di akhbar.” – kredit: Kosmo!

– Komen Rima apabila telah digossipkan dengan Fahrin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu HERO WAYANG Nyanyian Siti Sairah

Shashi Tharan Pelakon Utama Filem Estet