in

Qhaud Tersingkir Dari Akademi Fantasia 7

Konsert Akademi Fantasia minggu ke-6 yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil semalam telah menyingkirkan seorang lagi pelajar iaitu Qhaud atau Mohd Qhauhd Abdul Rashid. Akibat menerima undian paling rendah di kalangan pelajar, Qhaud terpaksa akur dengan pilihan penonton walaupun persembahan Qhaud membawa lagu Seruan dikatakan show Qhaud paling mantap sepanjang Qhaud berada dalam AF.

3335205106 Cf1500Db67 | 4

Konsert yang bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104) itu sekali lagi menampilkan kelainan di mana pelajar telah diberi tugasan untuk membawakan lagu daripada band muzik yang popular di Malaysia dan Indonesia iaitu Lefthanded, Estranged, Kristal serta Cokelat.

Sebagai kelainan, kesemua pelajar pada kali ini turut membuat persembahan dengan iringan band muzik itu sendiri. Mereka turut diuji cara berkomunikasi dengan penonton. Selain Qhaud, persembahan pelajar lelaki malam tadi adalah Hafiz (Resam Pak Belalang/ Kristal), Akim (Aurora/ Estranged), Yazid (Ku Di Halaman Rindu/ Lefthanded) serta Aril (Yang Pernah/ Estranged).

Manakala persembahan pelajar perempuan adalah Claudia (Keindahan Pantai/ Kristal), Aishah (Segitiga/ Cokelat) dan Isma (Salah/ Cokelat). Lagu bonus adalah I Want To Break Free (Queen) dan What I’ve Done (Linkin Park).

Dengan penyingkiran Qhaud itu, bermakna tinggal 7 lagi pelajar akan meneruskan perjuangan mereka meraih gelaran juara AF7. Pengkritik yang bertugas malam tadi adalah Adlin Aman Ramlie, Edrie Hashim serta Dato’ Khadijah Ibrahim. Bagi menggamatkan suasana, Jozan (Johan & Zizan) turut diundang untuk membuat jenaka mereka bersama pelajar dan AC Mizal.

Semoga Qhaud sukses dan teruskan usaha untuk menjadi bintang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Fara Fauzana di Red Carpet ABP 2008

Gambar Fara Fauzana, Tengku Tiara di Promosi Drama Gadis Cuci