in ,

Nabil Ahmad Kesal Simbol ‘Allah Yang Satu’ Dikaitkan Dengan Lelaki Curang

Pelawak dan penyampai radio, Nabil Ahmad meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir warganet yang memperlekeh dan mempersendakan tanda ‘Allah yang satu’ yang menjadi bahan jenaka.

Memetik Astro Gempak, Nabil berkata netizen tidak sepatutnya mengaitkan agama dengan kelakuan negatif yang dilakukan seseorang individu.

“Bagi saya, tanda itu (Allah yang satu) tak patut dimainkan. Jangan libatkan agama dengan perbuatan orang itu. Yang bermasalah adalah individu itu sendiri.

“Jangan fasal dia atau apa yang dia dah buat, contohnya dia pergi keluar tabligh, dia angkat tanda (la ilaha illallahmuhammadur Rasulullah) terus anggap ini adalah tanda-tanda lelaki akan curang dan pukul isteri.

“Oh no! Salah. Orang yang perlekehkan tanda itu, pada saya dia patut minta nasihat ustaz ke. Kita faham perasaan kau marah dengan perbuatan orang itu tapi tak ada kena mengena dengan tanda itu,” katanya.

Dalam pada itu, tanda itu tidak patut dipermainkan kerana ia juga dilakukan ketika menunaikan solat.

“Memperlekehkan tanda itu, bagi saya, tidak patut. Tanda itu juga sama seperti kita buat masa tahiyat awal dan akhir kan. Takut akidah lari sebab perlekehkan benda-benda macam ini,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Puteri Sarah Mohon Kementerian Agama Siasat Syamsul & Ira Kazar

“Ibu Cakap Saya Kena Sihir, Tapi Saya Buat Solat Istikharah” – Syamsul