in , ,

Ira Kazar Menangis Dengar Lagu Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah

Baru-baru ini nama Ira Kazar sekali lagi menjadi bualan ramai apabila usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ada memuat naik video memaparkan isteri Syamsul Yusof itu menangis ketika menjalani sesi fotografi produknya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff berkata Ira mengalirkan air mata ketika mendengar lagu Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah yang sehingga terpaksa ditenangkan ahli keluarganya yang berada di situ.

“Tak sangka waktu fotoshoot, Ira Kazar menitiskan air matanya secara tiba-tiba kerana mendengar lagu ini dan terus ditenangkan oleh kaum keluarga. Saya pun tak pasti sebab apa dan mengapa tapi saya doakan yang terbaik buat Ira,”

– Ira Kazar

Sementara itu diruangan komen, rata-rata netizen terus mengecam Ira susulan susulan kontroversi perkahwinannya serta mengatakan kesedihan yang dilalui oleh bekas madunya, Puteri Sarah lebih perit.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PTTI Cipta Rekod Pelajar Straight A Paling Ramai Malaysia Book of Records

Kongsi Puisi Curang, Daiyan Trisha Biar Netizen Buat Spekulasi Sendiri