in , , ,

PU Syed Tegur Netizen Isu Ebit Lew & Caprice, Jangan Taasub Sangat & Cuba Jadi Hakim

Isu melibatkan misi bantuan kemanusiaan di Gaza antara Ebit Lew dan Caprice semakin hari semakin mendapat perhatian ramai. Pelbagai andaian dan spekulasi dibuat oleh netizen. Ditambah dengan kata-kata dari pelakon tambahan dan sogokan bahan dari media membuatkan isu ini terus diperkatakan ramai.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Ebit Lew mahupun Caprice tidak menunjukkan tanda-tanda mereka akan menemui jalan penyelesaian. Walaubagaimanapun, masih ramai yang berharap isu ini menemui jalan pendamaian, terbaru menerusi laman Instagram pencetus ummah (PU) Syed Mohd Bakri meminta agar pihak terlibat untuk menyelesaikan perkara berbangkit dengan baik.

PU Syed

PU Syed turut menasihati orang ramai agar tidak terus menghakimi dan tidak terlalu bersikap taasub dengan mana-mana pihak.

“Kita serah pada mereka untuk selesaikan..netizen tak boleh jadi hakim dan jangan taasub kepada siapa sahaja. Kaedah menyebut, bukti bagi yang mendakwa dan bersumpah bagi yang ingkar (menafikan) dakwaan. Kenapa perlu bukti bagi yang menuduh? Dan hanya sumpah bagi yang ingkar dakwaan?..”

– PU Syed
PU Syed

Menerusi hantarannya, PU Syed berkata ia enggan mengulas lebih lanjut kerana ia bukan dapat menyelesaikan isu tetapi hanya menambah parah umat Islam terhadap isu seperti ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KITKAT Announces New Limited Edition KITKAT Choco Banana Inspired By Illumination’s Minions

Kelonggaran Kepada Penerima Dua Dos Vaksin Diberi Mengikut Lokasi Dan Sektor Tertentu