in

Kelonggaran Kepada Penerima Dua Dos Vaksin Diberi Mengikut Lokasi Dan Sektor Tertentu

Umum maklum, kerajaan bakal memberi kelonggaran buat kepada individu yang telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, kelonggaran kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19 dibuat dengan mengambil kira beberapa kriteria termasuk lokasi yang sudah mencapai 30 hingga 40 peratus kadar vaksinasi dan sektor tertentu.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah membentangkan beberapa kriteria kepada Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengenai kemudahan atau kelonggaran yang boleh diberikan kepada individu yang sudah lengkap dos vaksin COVID-19.

Datuk Seri Dr Adham Baba

“Setakat ini, secara keseluruhannya, 21 peratus rakyat di negara ini sudah divaksinasi dan kita sudah melepasi nilai ambang 10 peratus untuk bergerak dari fasa satu ke fasa dua kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Bagi memasuki fasa tiga, kita perlu sekurang-kurangnya 40 peratus penduduk divaksinasi, bagaimanapun ada sesetengah tempat sudah capai lebih daripada jumlah itu,”

– Datuk Seri Dr Adham Baba

Tambahnya, perkara itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ustaz Ebit | 23

PU Syed Tegur Netizen Isu Ebit Lew & Caprice, Jangan Taasub Sangat & Cuba Jadi Hakim

Kfc Trending | 24

KFC Burger Banjir Baharu Lazat Meleleh-Leleh Menjilat Jari