in

Program TV Sempena Tahun Baru 2009 di 8TV

Raikan Tahun Baru anda dengan 8TV!
Raikan Tahun 2009 anda dengan rancangan-rancangan menarik hanya di  8TV

Tirai 2008 bakal berlabuh dan bagi menyambut kedatangan Tahun 2009, 8TV bakal menghidangkan rancangan-rancangan menarik dari New York khas untuk penonton-penonton setia kami! Pastinya semua sudah tidak sabar menantikan tahun baru dan 8TV setia membariskan program yang cukup hebat dan pastinya menghiburkan anda semua!

Saluran 8TV bakal diisi dengan program-program dari luar dan dari produksi tempatan yang cukup menarik bermula pada malam tahun baru!

31st DECEMBER 2008, NEW YEAR’S EVE:

VH1 HIP HOP HONORS
TX: 9.30pm

Anugerah yang cukup berprestij bagi semua penyanyi-penyanyi Hip Hop terkenal. Tahun 2008 menyaksikan deretan penyanyi-penyanyi hip-hop seperti Naughty By Nature, Cypress Hill, De La Soul, Slick Rick and Too $hort diberi anugerah bagi memperingati muzik mereka yang pernah menjadi siulan dan ikutan suatu ketika dahulu. Jangan lepaskan peluang menonton persembahan dari Eve, Estelle, Q-Tip dan ramai lagi!

AVRIL LAVIGNE: LIVE IN TORONTO
TX: 12.00am

Saksikan persembahan hebat dan cukup bertenaga dari Avril Lavigne dalam Konsert ‘The Best Damn Thing’ di Toronto!

8 E-NEWS NEW YEAR SPECIAL
TX: 4.30pm, 1st January 2009 – 4.00pm

8 E-News New Year Special membawakan kepada anda info-info hiburan berbahasa Cina dibawakan secara langsung pada 1 Januari 2009! Menampilkan pengacara terkenal Gary dan Natalie yang akan menemani anda dengan info, cerita dan gossip yang menarik!

1st JANUARY 2009, THURSDAY:

2008 MTV MOVIE AWARDS
TX: 11.00am

MTV Movie Awards yang ke-17 merupakan sebuah program untuk mengiktiraf mereka-mereka yang terbabit dalam bidang perfileman dalam beberapa kategori yang menarik. Diacarakan oleh pelakon dan pelawak terkenal Mike Myers. Anda juga berpeluang menyaksikan dengan persembahan bertenaga dari The PussyCat Dolls, Coldplay dan ramai lagi!

25 MOST STYLISH: ESSENTIALS
TX: 12.30pm

Program ini menampilkan selebriti-selebriti berpengaruh dan segala kemewahan yang mereka miliki yang menjadikan mereka cukup terkenal hingga kini!

FORBES TOP 20 CASH QUEENS OF MUSIC
TX: 1.30pm

Senarai Forbes.com ‘Top 20 Cash Queens of Music’ menyenaraikan 20 penyanyi-penyanyi yang berpendapatan paling tinggi dan begitu berpengaruh. Pencarian ini berdasarkan penjualan tiket konsert, barangan eksklusif seperti minyak wangi, jenama pakaian mereka sendiri dan sebagai jurucakap produk. Madonna berjaya menggungguli senarai diikuti oleh Celine Dion, Shakira dan ramai lagi!

MOVIE: SHUI HU, THE SOCCER HEROES 1
TX: 2.30pm

Berdasarkan dari buku klasik Cina – The Water Margin, Shui Hu Soccer merupakan campuran watak dan senario tentang minat yang mendalam seorang pemuda terhadap sukan bolasepak

MOVIE: GAMERA THE BRAVE
TX: 5.00pm

Toru (Ryo Tomioka) berusia 11 tahun, merupakan seorang budak yang agak pendiam tinggal di kawasan pantai di Ishema bersama bapanya Kousuke (Kanji Tsuda). Setelah kematian ibu perhubungan di antara Toru dan bapanya agak renggang. Suatu hari Toru menjumpai anak penyu di tepi pantai. Anak penyu itu diberi nama Toto dan Toru mengambil keputusan menyimpannya sebagai haiwan peliharaan.

Begitu cepat masa berlalu, Toto boleh dikatakan cukup unik dan membesar bukan hanya sebagai penyu biasa, malah berupaya untuk terbang dan menghasilkan api dari mulutnya.

Suatu hari Toto telah terbang meninggalkan Toru seorang diri. Tidak lama kemudian bandar Ishema telah diserang makhluk gergasi dari laut dan telah mendekati Toru dan kawan-kawanya. Namun, seperti lagenda Gamera, seekor penyu gergasi berjaya berjaya menyelamatkan Toru dan rakan-rakannya. Toru akhirnya menyedari yang Gamera itu tidak lain tidak bukan adalah Toto.

ALEXANDRIA (INDONESIAN MOVIE)
TX: 9.30pm

Bagas (Marcel Chandrawinata) telah lama menaruh hati pada jiran dan teman baiknya sejak kecil bernama Alexandria (Julie Estelle) tetapi tidak berani meluahkannya. Bagas mula menyedari yang teman karibnya telah jauh berubah dan lantas meluahkan rahsia hatinya kepada Alexandria.

CHRISTINA AGUILERA BACK 2 BASICS: LIVE & DOWN UNDER
TX: 11.45pm

Persembahan secara ‘live’ oleh Christina Aguilera dalam konsert ‘Back 2 Basics’ dengan persembahan yang cukup mempersonakan! Pemenang Grammy Awards ini menbawakan koleksi lagu-lagu dari album-album terdahulu dengan persembahan yang cukup menghiburkan anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Fiesta di saluran 808 dan 809 Saluran Percuma Astro

Selamat Hari Jadi Ira Aznira & Lirik Lagu Selamat Ulangtahun Sayang Imran Ajmain