in

Program Jadi Hannah Montana Rock bersama Shila

Shila, jurucakap program Hannah Montana kini sibuk memenuhi jadual promosi Hannah Montana School Tour di 15 sekolah di seluruh Malaysia. Program Jadi Hannah Montana Rock bersama Shila itu mencungkil bakat seni pelajar sekolah rendah dan menengah. Hannah Montana akan ditayangkan di seluruh pawagam tempatan pada 4 Jun ini.

Shila dah pun menjelajah sembilan sekolah di Semenanjung Malaysia. Tidak dinafikan kebanyakan pelajar sekolah ini cukup berbakat dalam bidang seni. Program ini ternyata berjaya mencungkil beberapa bakat baru. Terbaru, Shila yang dah rakam single kedua, Kejar ciptaan Audi Mok yang bakal dimuatkan dalam album runut bunyi filem Hannah Montana.

Untuk menyertai program ini, peserta perlu menghantar penyertaan dalam bentuk video yang menampilkan persembahan menyanyi dan menari. Seorang peserta akan dipilih daripada setiap sekolah berkenaan untuk bersaing di peringkat akhir.

Pemenang akan diberi peluang tampil bersama Shila dalam program khas, Disney Channel (Astro). Setiap sekolah yang menang mendapat Yamaha keyboard, sijil penyertaan dan beberapa hadiah sampingan.

3402529917 68F2352304 O | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fira, Chaq dan Kumpulan Evo Bertarung di Konsert Mentor

Bulletproof Monk Tayangan Khas Hari Wesak