in ,

Bulletproof Monk Tayangan Khas Hari Wesak

KHAS HARI WESAK : BULLETPROOF MONK (SLOT SATURDAY NITE SPECIAL @ 2)

Umpama satu kemestian sambutan Hari Wesak yang diraikan penganut agama Budha dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia. Ia melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha di mana penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip “Precepts” sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha “Sutras”. 

3504490790 9E65C4D579 | 4

Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Malah Hari Wesak juga dianggap hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami.

Dalam kemeriahan sambutan perayaan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut sama meraikan penonton setia salurannya dengan menyiarkan program menarik yang mampu memenuhi citarasa penonton yang memilih untuk mengisi waktu senggang mereka dengan berhibur menonton televisyen di rumah. 

Istimewanya, RTM menyiarkan filem hebat 2003, Bulletproof Monk disiarkan pada 9 Mei 2009 (Sabtu), jam 10.00 malam mengisi slot Saturday Nite Special @ 2 di TV2.

Bulletproof Monk, filem arahan Paul Hunter yang mengetengahkan genre pertarungan komedi fantasi ini cuba kembali ke tahun 1943 sebelum kemudiannya penonton diajak ke masa 60 tahun kemudian. Misteri Monk With No Name, persembahan lakonan hebat aktor Chow Yun Fatt yang memiliki zigzag pada globe di mana ianya disimpan bertujuan untuk  untuk melindungi keturunan skrol itu. Istimewanya kerana skrol tersebut mempunyai kunci kuasa yang tidak terhad yang sememangnya menarik tumpuan setiap orang untuk memilikinya.

Begitupun ketika itu, Monk mesti mencari pemegang skroll yang baru untuk diamanahkan menjaganya supaya ia tidak terlepas ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Di situ muncul watak Kar yang dipegang oleh Seann William Scott sebagai salah seorang calon yang layak untuk itu menggalas amanah itu. Bagaimana pun situasi sebaliknya berlaku kerana ada yang beranggapan pemuda itu bukanlah calon sebenarnya yang diyakini mampu untuk menyimpan skrol istimewa itu.

Namun keputusan itu mula goyah apabila Kar telah berjaya untuk menyelamatkan Bulettproof Monk daripada ditangkap oleh pihak tidak bertanggungjawab. Lalu disinilah konflik bermula apabila mereka buntu mencari penyelesaian siapakah sebenarnya yang layak.

3504492790 44E903C639 | 5

Filem ini padat dengan impak kesan khas dan aksi pertahankan diri daripada watak-watak diketengahkan melibatkan Monk, Kar dan Puteri Rusia sebagai watak jahat . Malah tidak ketinggalan turut diselitkan dengan aksi pergaduhan dengan musuh yang pastinya mengajak penonton berhibur seisi keluarga dengan plot cerita yang menarik dan menghiburkan.

Selain lakonan bertenaga aktor Chow Yun Fatt dan Seann William Scott, Bulletproof Monk turut dibintangi oleh Jaime King Strucker, Victoria Smurfit, Roger Yuan, Mako Iwamatsu, Marcus Jean Pirae dan Mike Dopud.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Jadi Hannah Montana Rock bersama Shila

Prebiu Astro Megadrama Gadis Cuci & Dua Marhalah