in ,

Profil Nasha Aziz

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita Nasha Aziz kan yang kerap menjadi pelakon utama dalam drama dan filem tempatan. Namun begitu khabar tentang Nasha Aziz semakin sepi dan adakah dia telah dilupakan oleh dunia hiburan.

Apa pun kami harap Nasha berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dipermudahkan urusanya. Jom tengok wajah dan penampilan Nasha Aziz dulu dan sekarang.

Meskipun ramai yang mempersoalkan apakah hidup bersendirian tanpa ditemani lelaki sebagai suami mampu memberinya kebahagiaan, bagi Nasha Aziz, semua itu bukan penentu kesempurnaan seseorang.

Pelakon dan juga model terkenal ini berkata, ada perkara lain yang lebih penting yang begitu didambakannya ketika ini.

“Saya sudah terbiasa dengan soalan mengenai jodoh. Kawan-kawan saya juga selalu bercakap, mereka sentiasa mendoakan saya supaya segera bertemu jodoh. Saya tidak marah pun, malah saya anggap perbuatan mereka itu comel. Cuma saya ingin tegaskan, biarpun sendirian, saya tetap bahagia.

“Tidak pernah langsung saya anggap hidup solo itu sebagai satu kekurangan. Kebahagiaan bukan terletak kepada pasangan. Bagi saya, kita perlu hargai apa yang Allah kurniakan kepada kita. Bukan bermakna saya menolak jodoh kerana terus-terang, saya ada juga keluar dating.

“Tetapi kebanyakan lelaki yang saya temui tidak serasi dan bertentangan dengan apa yang saya cari,”

– Nasha Aziz

Kredit foto: Emer Reza

Nama Penuh:
Noraishah Abdul Aziz

Tempat Lahir:
Kampung Pandan, Kuala Lumpur

Tarikh Lahir:
14 Mei 1971

Kerjaya:
Model dan pelakon 

Bintang:
Taurus

Masakan kegemaran:
Gulai Asam Pedas

Filem:
Kad Cinta (1995)
Bara (1999)
Gerak Khas The Movie (GKTM) (2001)
Laila Isabella (2003)
Buli (2004)
Trauma (2004)
Cinta Luar Biasa (2004)
Tak Ori Tapi OK (2005)
Kemarau Cinta (2005)
Buli Balik (2006)
Puaka Tebing Biru (2007)

Drama:
Cik Mala Janda Berhias
Inspirion
Inikah Cinta
Diari Datin – drama 54 episod di TV3 sebagai Datin Sally

Teater:
Lantai T Pinkie (2006)

Pencapaian:
Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-14, menerusi filem Bara (1999) dan Pelakon Wanita Terbaik di FFM17 menerusi filem Trauma dan Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin TV3 (2005).

Selain aktif di bidang perfileman, Nasha juga ligat berlakon drama TV dan drama pertamanya ialah Duit Free, arahan Zainal TJ, dan Inikah Cinta, sebanyak 13 episod menerusi TV1.

Nasha juga berlakon drama bersiri 25 episod iaitu Inspirion untuk slot Samarinda TV3.

Anugerah:

  1. Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-14, menerusi filem Bara (1999)
  2. Pelakon Wanita Terbaik di FFM17 menerusi filem Trauma
  3. Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin TV3 (2005) 

Trivia:

  1. Nasha menolak tawaran berlakon filem Pasrah. Tempat beliau diganti oleh Wilma.
  2. Nasha menjadi pilihan iklan komersial, antara yang pernah disiarkan di kaca TV termasuklah Nescafe Classic, Avon Colour, Pantene dan Panasonic.
  3. Nasha Aziz memulakan kerjaya dalam bidang permodelan kira-kira 19 tahun lalu, namun hanya bergelar pelakon filem pada 1997 dan Kad Cinta terbitan Julie Dahlan adalah filem pertamanya.

Pautan Sumber:

  1. Forum Peminat Nasha Aziz
  2. Foto Nasha Aziz
  3. Wikipedia – Nasha Aziz

Foto Majlis Pertunangan Nasha Aziz

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Foto Sneak Preview Filem Dukun Lakonan Umie Aida

Ulasan Lirik Lagu RAMA-RAMA – Ella