in , , , ,

Foto Sneak Preview Filem DUKUN Lakonan Umie Aida

Sudah tonton filem Dukun? Sudah pasti anda belum menonton bukan? Saya belum menonton filem ini walaupun jadual tayangan sebenarnya pada 14 Disember 2006.

Filem Dukun diterbitkan oleh Astro Shaw Sdn Bhd telah menelan belanja sehingga RM2.8 juta. Tagline filem ini: “Aku takkan mati…” menjadi kata-kata keramat kerana sebenarnya ‘watak’ sebenarnya mati juga akhirnya. Filem Dukun mengundang kontroversi kerana filem ini seakan mengimbas kembali sejarah hitam pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam Datuk Mazlan Idris yang berlaku sekitar tahun 1993.

Filem ini dikatakan memaparkan bagaimana kejamnya Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu Juraimi Husin melakukan pembunuhan dengan memotong badan mangsa kepada 18 bahagian, selepas beliau dibunuh sewaktu upacara perbomohan.

Ketiga-tiga mereka yang terlibat telah dihukum gantung sampai mati pada 2 November 2001.

Di dalam filem ini, penonton akan melihat lakonan mantap Umie Aida diberi peranan penting di dalam Dukun yang memegang watak utama yang bernama Diana Dahlan.

Filem Dukun adalah hasil garapan Huzir Sulaiman dan diarahkan oleh Dain Iskandar Said.

Berikut antara sneak preview filem Dukun.

Kredit Foto: Astro Shaw Sdn Bhd

Laman web rasmi:
http://www.dukunthemovie.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Raikan Sambutan Ulang Tahun Pertama Hot FM – Big Jam 2007

Profil Nasha Aziz