in

Primeworks Studios Lancar Katalog Asian Stories for the World

Primeworks Studios bakal melancarkan Katalog Kandungan 2014/2015 di MIPCOM di Cannes, Perancis minggu depan. Katalog ini merangkumi program-program berjumlah lebih 400 jam menerusi 7 kategori berbeza yang melambangkan fokus ‘Asian Stories for the World’ syarikat produksi gergasi Asia itu.

Kategori ‘Asian Taste’ menyajikan program-program khas berkenaan makanan dan masakan yang menonjolkan citarasa Asia. Daripada pengembaraan untuk mencari hidangan-hidangan Asia paling menarik dalam Best in the World (13 x 30′) ke pembelajaran rahsia masakan masyarakat Peranakan dalam Dapur Nyonya (25 x 30′),setiap program mempunyai tarikan eksotik tersendiri untuk tatapan penonton antarabangsa.

Primeworks Studios Lancar Katalog Kandungan ‘Asian Stories for the World’ di MIPCOM

Kategori ‘Modern Urban Asia’ menjanjikan penonton keindahan-keindahan destinasi seluruh dunia yang pasti memberi inspirasi untuk mengembara. Disediakan untuk para penonton yang mencari destinasi pelancongan seterusnya, program-program dalam kategori ini termasuk Welcome to the Rail World (10 x 30’), sebuah perjalanan eksotik menaiki keretapi untuk mencari aktiviti, hidangan dan kenalan paling menarik di Asia, dan Jet Lag (8 x 30’) di mana pengembara selebriti Iedil Putra mencuba sedaya-upaya untuk menyelesaikan 72 tugasan di 8 bandar seluruh dunia dalam jangka masa 192 jam.

‘Islamic Asia’ merangkumi kandungan keagamaan yang memaparkan ciri-ciri Islam dari perspektif yang berbeza-beza di Asia. Dokumentari menarik Journey into Islamic Russia (13 x 30′) memberikan pengisian mengenai cara hidup Islam yang masih diwarisi di beberapa kawasan utama di Rusia, termasuk Moscow, St Petersburg, Tatarstan, Dagestan dan Chechnya. Keindahan seni bina masjid-masjid di seluruh Asia Tenggara pula dipamerkan menerusi pengembaraan kerohanian dalam program Dari Masjid ke Masjid (6 x 30′).

Kepelbagaian tradisi, adat dan kepercayaan masyarakat Asia diketengahkan melalui kategori ‘Asian Culture & Beliefs’. Siri dokumentari Dunia Tersembunyi (13 x 30′) memaparkan adat-adat aneh yang masih diamalkan oleh segelintir masyarakat Asia, manakala program Majalah 3 (24 x 30’), salah sebuah siri dokumentari majalah paling awal mula bersiaran di rantau Asia, memberi pengisian yang mendalam mengenai isu-isu semasa melalui laporan-laporan yang tepat dan padat.

Format-format ciptaan Primeworks Studios yang unik tetapi mudah diubahsuai boleh didapati dalam kategori ‘Format Programming’, dengan pilihan antara program sedia ke udara dan ruang untuk mengadaptasi format demi memenuhi citarasa penonton tempatan. Dalam Versus (9 x 60′), band-band tanahair terhebat berentap untuk menjadi band nombor satu di Malaysia. Showdown (14 x 60’) pula menyaksikan sebuah lagi pertandingan kreatif yang menarik: kru-kru penari membawa koreografi terbaik mereka ke pentas dalam pertandingan menari yang penuh debaran ini. Dalam Switch Off (13 x 30’) pula, para penyanyi dan pelakon terpaksa menghadapi salah sebuah fobia manusia paling asas: kegelapan. Program permainan ini telah dianugerahkan Sijil Merit (kategori Siri Program Permainan) di Anugerah TV Antarabangsa Chicago ke-49.

Filem-filem yang menerima pengiktirafan kritikal dan kemenangan anugerah membentuk kategori ‘Asian Movies’, dengan pelbagai genre yang menarik seperti komedi, aksi, drama, seram, dan cinta. Antara filem yang dipasarkan termasuk KIL, filem terbitan tahun 2013 mengenai seorang pemuda tertekan yang mengupah sebuah syarikat misteri untuk membunuhnya, tetapi berubah fikiran apabila mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baru dikenalinya. Filem ini mendapat tayangan perdanaseluruh dunianya di Marche du Film di Cannes pada tahun 2013 sebelum dijemput menyertai pelbagai festival filem termasuk di Laos, Jepun, Singapura dan Brazil. Filem-filem yang masih dalam peringkat perancangan juga dimuatkan dalam kategori ini, dan terbuka untuk peluang ko-produksi.

Dari segi saluran pula, 3 pilihan disediakan dalam kategori ‘Asian Channels’. Musim-musim lepas program-program utama terbitan Primeworks Studios boleh didapati melalui saluran Emas, dan barisan program termasuk siri dokumentari drama Kisah Benar, siri komedi Senario, dan siri penyiasatan paranormal Misteri Nusantara. Saluran EmasStyle menyediakan rangkaian program gaya hidup terkini yang memaparkan topik-topik seperti fesyen, makanan, keluarga, dan gaya hidup sihat. Drama, telefilem, dan filem yang pernah memenangi anugerah pula dipaparkan melalui saluran Emas Plus, seperti siri drama popular Spa Q.

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Ahmad Izham Omar, berkata, “Secara asasnya, kami di Primeworks Studios amat minat bercerita, dan kami amat teruja untuk berkongsi cerita-cerita Asia ini bersama penonton seluruh dunia. Kami percaya topik-topik dan tema-tema menarik yang kami liputi dalam produksi kami dapat dinikmati oleh industri kandungan antarabangsa, manakala genre dan cara penceritaan kami yang pelbagai dapat memastikan kandungan-kandungan kami kekal relevan kepada badan-badan penyiaran antarabangsa.”

Katalog kandungan ‘Asian Stories for the World’ boleh didapati di booth Primeworks Studios di MIPCOM, bertempat di Pavilion Malaysia di booth P-1.F24 and P-1.G23, Dewan 1, Palais des Festivals. Salinan digital katalog kandungan itu boleh diakses melalui lawan web syarikat produksi tersebut di www.primeworks.com.my/catalogue. Untuk mengadakan temujanji bersama wakil-wakil pengedaran kandungan Primeworks Studios di MIPCOM, sila hubungi Lyn Nazlina Nasihin, Pengurus Pemasaran & Komunikasi Primeworks Studios, di [email protected].

Mengenai Primeworks Studios Sdn Bhd
Primeworks Studios merupakan anak syarikat Media Prima Berhad yang merupakan salah syarikat penerbitan terbesar di Asia. Terlibat dalam penghasilan program TV sejak tahun 1984 dan filem sejak tahun 1994, Primeworks menerbitkan lebih 5,000 jam kandungan TV setahun termasuk program hiburan, majalah, dokumentari, drama dan sukan. Selain penerbitan, Primeworks Studios turut terlibat dalam pengedaran dan pemasaran kandungan. Antara rancangan paling popular terbitan Primeworks Studios termasuk Anugerah Juara Lagu, Majalah 3, Nona, Welcome to the Rail World, Best in the World, Hip-Hoppin’ Asia, Jalan Jalan Cari Makan, Mentor, Melodi dan Jejak Rasul.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran Buku Nyala Api Dalam Dada

DIY Untuk PROTECT Notebook & Peraduan Love Tweaks Zurich Malaysia