in

Kempen Kurang Gula Kurang Belanja

KEMPEN KURANGKAN GULA, KURANG BELANJA DI MENARA KUALA LUMPUR MULAI HARI INI.

Kempen Kurang Gula, Kurang Belanja telah sempurna dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan di Menara Kuala Lumpur pada hari ini, 13 Mei 2011.

Ianya bertujuan untuk mendidik masyarakat Malaysia mengamalkan pemakanan yang lebih sihat seperti mengurangkan pengambilan gula sekaligus mengurangkan perbelanjaan keluarga.

“Sebagai tanda sokongan kami kepada kempen ini, semua restoran di Menara Kuala Lumpur seperti Restoran Berputar Seri Angkasa dan Restoran Rainforest Chakri akan mengikuti langkah Restoren D’Tandoor Food Industries iaitu memberikan potongan harga sebanyak 10% kepada pelanggan yang membeli minuman kurang gula,” kata Puan Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur.

“Semoga dengan kempen ini akan memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kesan buruk pengambilan gula secara berlebihan terhadap kesihatan” tambah beliau lagi.

D’Tandoor Food Industri adalah merupakan jenama tempatan dan francaisor pertama dalam masakan India Utara yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan yang menyokong kempen ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pretty Little Liars di 8TV

Gambar Stacy di Sidang Media Konsert Walls Cornetto