in ,

Pertandingan Drama Pendek DFKL 2015

Pertandingan Drama Pendek DFKL 2015 kembali lagi mewarnai Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2015). Sempena DFKL 2015, TV3 dan TV9 juga telah bekerjasama menganjurkan pertandingan drama pendek yang telah pun dibuka kepada semua rakyat Malaysia bermula 1 November 2014 hingga 8 Februari 2015 lalu menerusi laman web veedo di www.veedo.my.

Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM18,000 dan telah menerima penyertaan yang amat memberangsangkan daripada orang awam. Lebih menarik lagi, drama yang memenangi peraduan ini akan turut berpeluang untuk disiarkan di TV3 dan TV9.

Sempena Drama Festival Kuala Lumpur 2015, stesen TV3 dan TV9 bekerjasama untuk menganjurkan pertandingan drama pendek yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia. Kesemua pembikin filem, penerbit, pelakon, penulis skrip dan yang lain-lain lagi dialukan untuk bersama-sama mencipta drama 5 minit.

Duta,Zul Ariffin &

Pemenang tempat pertama akan memenangi hadiah utama iaitu wang tunai RM10,000!. Manakala pemenang tempat kedua akan memenangi wang tunai RM 5,000 dan RM3,000 bagi tempat ketiga. Selain itu, drama anda akan turut berpeluang untuk disiarkan di TV3 dan TV9. Anda hanya perlu menghasilkan sebuah video berkonsepkan drama sepanjang 5 minit. Peraduan drama pendek ini sudah mula dibuka kepada orang awam bermula 1 November 2014 hingga 31 Januari 2015.

Tema pertandingan adalah terbuka, selagi video itu menyampaikan mesej positif seperti kisah keluarga, persahabatan, kasih sayang, penyelesaian masalah, perpaduan dan lain-lain. Anda bebas untuk membuat keputusan dalam pemilihan tema mengikut kreativiti tersendiri. Pemilihan genre dan stail juga tidak terhad, anda boleh menghasilkan drama suspen, seram, ngeri, komedi dan romantik. Apa yang kami ingin lihat adalah kemahiran penceritaan yang menarik di mana penonton dapat menjiwai drama tersebut disamping menerap mesej yang positif buat masyarakat.

Ini adalah peluang untuk anda menunjukkan hasil kerja dan idea kepada penonton. Jika hasil kerja anda terpilih, ini bermakna, anda bakal melihat kasil karya anda di kaca televisyen!

Berikut adalah terma dan syarat pertandingan drama pendek:-

1. Untuk memasuki pertandingan ini, semua kerja-kerja yang dikemukakan hendaklah mematuhi durasi 5 minit yang disebutkan di atas.
2. Fail tidak boleh melebihi 30mb dan haruslah berformat mp4
3. Sila pastikan anda tidak memaparkan sebarang jenama yang bertentangan dengan jenama yang menaja pertandingan ini.
4. Sila pastikan semua muzik adalah status bebas royalti.
5. Untuk mengelakkan sebarang kemusykilan, maklumat berikut tentang hasil kerja anda perlulah dilengkapkan dengan jelas di halaman profil (profile page) Veedo.

i.Tajuk
ii. Nama Penuh Peserta
6. Segala penyertaan mestilah di hantar ke www.vedoo.my sebelum 31 JANUARI 2015.
*Peringatan: Tiada aset wajib yang perlu di muat turun untuk pertandingan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan drama pendek ini anda bolehlah layari laman web dfkl di www.dfkl.com.my.

Layari juga laman web rasmi TV3 / TV9 di www.tv3.com.my / www.tv9.com.my dan laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube TV3Malaysia / TV9Malaysia untuk berita dan informasi terkini mengenai DFKL 2015.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MTV Siar Sneak Peek CATFISH THE TV SHOW Season 4

Jadual Bengkel Drama Festival Kuala Lumpur 2015