in , , ,

DFKL Menghidupkan Hujung Minggu Dan Impian Belia

Siri Jelajah DFKL telah selesaikan bahagian pertamanya di tiga buah institut pengajian tinggi sekitar Lembah Klang, hujung minggu lalu.

Pada hari Jumaat 1 Mac 2019 lalu, kru DFKL telah mengunjungi Management & Science University (MSU), Shah Alam, diikuti dengan Universiti Malaya (UM) pada 2 Mac, dan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 3 Mac. Siri Jelajah DFKL menerima lebih daripada 300 penyertaan secara keseluruhannya bagi setiap aktiviti yang diadakan.

Keriuhan Siri Jelajah DFKL 2019 dihidupkan dengan kehadiran pengarah-pengarah tersohor Along Kamaludin dan Heykal Hanifah sebagai juri tetap Sesi Uji Bakat DFKL 2019, dan Datuk A. Aida selaku panel sesi kongsi cerita DFKL 2019.

Heykal Hanifah dan Along Kamaludin sebagai juri uji bakat lakonan

Kemeriahan ini ditambah pula dengan kehadiran kedua-dua duta DFKL 2019, Izzue Islam dan Janna Nick yang sentiasa menyebarkan mesej ‘Positif Selalu’ mereka kepada para peserta aktiviti-aktiviti Siri Jelajah DFKL 2019. 

“Kami amat berbangga dengan sambutan yang kami terima daripada mahasiswa & mahasiswi IPT yang sudi memeriahkan jerayawara ini. Kami sebenarnya kembali membuat siri jelajah ini di IPT kerana sudah dua tahun kami lakukan sesi uji bakat DFKL di pusat beli belah, dan majoriti peserta uji bakat adalah daripada golongan pelajar IPT. Oleh itu, kali ini kami bawakan Siri Jelajah DFKL 2019, ke ‘rumah’ mereka.”

“Tambahan pula, buat pertama kali, kami menambahkan satu lagi aktiviti Siri Jelajah DFKL, iaitu Sesi Pencarian Influencer baharu. Dalam era yang serba digital ini, kami mula mencari bakat individu yang yang fasih membuat review dan aktif menggunakan laman media sosial mereka.

Antara kelebihan yang akan mereka terima apabila menyertai kumpulan influencer ini adalah mereka akan diberikan pendedahan eksklusif tentang industri hiburan kami seperti hadir ke majlis anugerah kami, menyertai sesi penggambaran drama, menonton seluruh siri drama kami lebih awal dari yang lain, dan banyak lagi.

Oleh itu, sekiranya seseorang individu itu aktif menggunakan laman media sosialnya, dialu-alukan untuk mencuba nasib di INFLUENCER SEARCH kami di setiap lokasi Siri Jelajah DFKL 2019.”

Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri

Demi meningkatkan kualiti uji bakat para peserta ketika Sesi Uji Bakat DFKL 2019 ini, juri tetap Sesi Uji Bakat DFKL 2019, Heykal Hanifah ingin memberikan sedikit pesanan,

“Rata-rata peserta uji bakat DFKL yang hadir sememangnya berani untuk tampil ke hadapan dan menunjukkan bakat mereka. Namun, mereka belum biasa atau tidak pernah lagi bekerja bersama kamera. Oleh itu, pesanan saya kepada bakal peserta uji bakat DFKL ini, pertamanya mereka hendaklah bersedia dengan situasi yang hendak dipersembahkan kepada kami.

Mereka harus berlatih di rumah sebelum tampil ke hadapan kepada saya dan Along Kamaludin. Mereka juga harus sediakan situasi-situasi back upsekiranya kami meminta mereka untuk menunjukkan emosi lain.

Namun, ianya lebih mudah sekiranya mereka dapat merangkumkan dua atau tiga emosi dalam satu situasi. Kami juga membenarkan pelakon-pelakon jemputan untuk membantu mereka ketika menguji bakat.”

– juri tetap Sesi Uji Bakat DFKL 2019, Heykal Hanifah

Tidak ketinggalan, Datuk A. Aidaselaku panelis tetap Sesi Kongsi Cerita DFKL 2019, juga ingin berkongsi pesanan beliau,

“Tidak dinafikan bahawa banyak idea dan cerita yang menarik dikongsikan oleh para peserta. Namun, kebanyakan daripada mereka hanya berkongsi logline atau ringkasan sinopsis tanpa menceritakan perkembangan plot, watak, dan klimaks cerita mereka. Ianya amat merugikan kerana mereka mempunyai idea yang menarik untuk kami jadikan telefilem, tetapi ianya sukar untuk kami terjemahkan cerita mereka menjadi sebuah telefilem hanya berpandukan loglinedan bukannya sinopsis penuh.”

Datuk A. Aida
Peserta uji bakat lakonan

Siri jelajah DFKL 2019 akan diteruskan sehingga 17 Mac 2019. Kepada mereka yang terlepas peluang untuk menyertai Siri Jelajah DFKL 2019 di IPT, mereka boleh berkunjung ke dua lokasi terakhir kami, berdasarkan jadual dibawah.

 Panel Sesi KongsiJuri Sesi Uji BakatDuta DFKLArtis Jemputan
Sri Pentas(Sabtu & Ahad, 9 & 10 Mac 2019)Datuk A. AidaAshraf MuslimFasha SandhaHj ZeelIzzue Islam & Janna NickNadia Brian Ika Nabella Tasha Shilla Shahz Jaszle Mona Allen Aidil Aziz Angeline TanLynn LimJordan SenMayjune Tan
IOI City Mall(Sabtu & Ahad, 16  & 17 Mac 2019)Datuk A. AidaAshraf MuslimFasha SandhaHj ZeelIzzue Islam & Janna NickJulia FarhanaAmar Asyraf Azrel IsmailErwin Dawson Jaja IliyesNaim DanielOktovia ManroseEyra HazaliFarahdhiyaPauline TanJordan Sen

Selain daripada Siri Jelajah DFKL 2019, Malam Anugerah DFKL 2019 yang akan bersiaran langsung pada 7 April kelak, semakin hampir. Sebanyak sembilan (9) kategori dipertandingkan dan telah dibuka untuk undian di laman sesawang www.dfkl.com.my sejak 1 Februari yang lalusehingga 25 Mac 2019.

Kategori-kategori tersebut adalah Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Lagu Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan, dan Drama Rantaian Bahasa Cina.

Kempen DFKL 2019 turut disokong hebat oleh Rakan Media Harian Metroserta Rakan Media Digital tonton, xtra, dan Oh Bulan!

Sekiranya anda ingin menyertai mana-mana acara DFKL 2019, layari laman sesawang www.dfkl.com.myserta laman media sosial rasmi Facebook dan Instagram @TV3 Malaysia dan @8TVchinese untuk dapatkan maklumat lanjut. Layari juga www.xtra.com.my untuk ikuti artikel-artikel terkini mengenai DFKL 2019.

Gunakan tanda pagar #positifselalu dan #dfkl2019 dalam setiap pos anda di media sosial untuk menghangatkan lagi perbualan di platform digital.

Sesi Kongsi Cerita A.Aida di UM
Izzue Islam bersama peserta uji bakat lakonan UPM
Peserta Uji Bakat Lakonan UPM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujibakat Pencarian Watak Anak Gelandangan Telefilem SESEKALI

Kereta Akim Terbabas di Toyota Gazoo, Bella Menangis Diusik Stacy