in , , ,

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 DFKL2019

Tahniah buat semua pemenang DFKL 2019. Semoga dengan kemenangan ini memberi semangat kepada anda untuk melahirkan karya dan juga mengasah bakat dengan lebih baik dan bermutu di masa akan datang.

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 menyaksikan dominasi drama rantaian Nur yang meraih enam trofi utama termasuk Drama Pilihan.

Pada acara yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi, pengarah drama itu, Shahrulezad Mohameddin diangkat sebagai Pengarah dan Penulis Skrip Pilihan.

DFKL 2019

Pasukan produksi Radius One Sdn Bhd terus meraikan kejayaan apabila teraju utama drama Nur, Syafiq Kyle diumumkan sebagai Aktor Pilihan hasil lakonan mantapnya sebagai Ustaz Adam.

Sharulezad berkata, kejayaan drama Nur merupakan usaha sama kesemua pihak yang menjayakan drama berkenaan dan tidak sangka menerima sokongan peminat biarpun hampir setahun telah berlalu.

“Saya terharu dan terkejut dengan sokongan peminat drama ini yang menyumbang kepada kejayaan Nur pada malam ini. Anda semua adalah keluarga Nur pada malam ini,”

– Shahrulezad

Syafiq Kyle & Amyra Rosli Menang Pasangan Pilihan DFKL 2019 #dfkl2019

Namun, teman gandingannya, Amyra Rosli terpaksa akur dengan kecemerlangan Janna Nick yang memenangi trofi Aktres Pilihan menerusi wataknya dalam Semerah Cinta Humairah.

Kemenangan Janna Nick itu sekali gus mempertahankan kemenanganya menerusi kategori yang sama pada penganjuran DFKL musim lalu dan pada tahun 2016.

“Saya tidak sangka untuk menang pada malam ini kerana Nur banyak mengungguli hampir kesemua anugerah. Saya terkejut dengan kemenangan pada malam ini kerana menyangkakan trofi berkenaan milik Amyra Rosli,” 

– Janna Nick

Bagaimanapun, keserasian antara Syafiq dan Amyra membolehkan mereka memenangi kategori Pasangan Pilihan.

Kategori Antagonis Pilihan terus diungguli Nur apabila trofi itu menjadi milik Azhan Rani. Drama rantaian Nur disiarkan menerusi slot Samarinda TV3, tahun lalu.

Turut membuat kejutan ialah kemenangan Haqiem Ruslie dan Aman RA yang merangkul anugerah Lagu Pilihan menerusi lagu Jatuh Bangun sekali gus mengenepikan lagu epik nyanyian Misha Omar bertajuk Sampai Bila.

Anugerah DFKL 2019 yang dikendalikan Awal Ashaari, turut diserikan dengan segmen persembahan artis seperti Anuar Zain dan Sarah Suhairi.

DFKL 2019

Senarai pemenang DFKL 2019:

Drama Pilihan : Nur

Pengarah Pilihan : Shahrulezad Mohamed Din (Nur)

Aktor Pilihan : Syafiq Kyle (Nur)

Aktres Pilihan : Janna Nick (Semerah Cinta Humairah)

Pasangan Pilihan : Syafiq Kyle dan Amyra Rosli (Nur)

Antagonis Pilihan : Azhan Rani (Nur)

Penulis Skrip Pilihan : Shahrulezad Mohameddin (Nur)

Lagu Tema Pilihan: Jatuh Bangun (Shah & Zam)

Drama Pendek Pilihan:

  • Orang Kita
  • Nelayan Siblings
  • Butang Hukum

Drama Rantaian Bahasa Cina : My Sensei Nyonya (Mediacorporation Studio (M) Sdn Bhd)

DFKL 2019

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Indah Ruhaila Lancar Video Muzik Single PUDAR Lagu Tema Nur 2

Syafie Naswip & Aishah Azman Selamat Bertunang, Bakal Nikah Tahun 2020