in , ,

Jadual Bengkel Drama Festival Kuala Lumpur 2015

Bagi tahun kedua ini, Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2015),  mendapat sokongan yang amat padu daripada para karyawan yang teruja untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka sepanjang mereka bergiat dalam industri hiburan dalam sesi bengkel selama dua hari yang dijadualkan bakal berlangsung pada 14 dan 15 Mac 2015 di Balai Berita NSTP nanti.

Antara selebriti dan karyawan yang akan terlibat dalam sesi bengkel pada tahun ini adalah:

KATEGORI KARYAWAN
1)     Lakonan

 

·      Remy Ishak

·      Sheila Rusly

·      Noorkhiriah

·      Adi Putra

 

2)     Pengarahan ·      Azman Hj Yahya (Jinggo)

·      Nik Amir Mustapha

·      Datuk Yusof Haslam

·      Khai Bahar

 

3)     Animasi

 

·      Nizam Razak (Animonsta)

·      Syed Nurfaiz Khalid (Les’ Copaque)

·      Tariq Mohd Noh (Glues Studios)

·      Usamah Zaid (Wau Studio)

 

Sesi bengkel yang bakal berlangsung selama dua hari itu akan turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti seperti sesi ujibakat bagi mencari bakat-bakat baru bagi pelakon lelaki, wanita dan kanak-kanak yang berbakat dalam lakonan dan juga pengacaraan TV, sesi pembentangan idea (Pitching) untuk sesiapa sahaja yang mempunyai idea-idea baru dan kreatif dan juga pelbagai aktiviti di booth-booth yang disediakan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertandingan Drama Pendek DFKL 2015

Jadual Siri Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur 2015