in ,

Peraduan Menang Merchandise Wizards Of Warna Walk Terbitan Disney Asia Channel

Mahu menangi merchandise Wizards Of Warna Walk dari Disney Asia Channel, apa kata sertai peraduan ini.

Dalam fikiran rata-rata khalayak, karakter ahli sihir yang sering tergambar adalah susuk wanita tua berhidung bengkok, memegang tongkat atau mempunyai penyapu boleh terbang diiringi dengan hilai tawa yang kejahatan. Bagaimanapun imej sedemikian mungkin sudah tidak relevan dengan kemodenan semasa.

Ahli sihir zaman moden mungkin boleh terdiri daripada usahawan atau pelajar kolej. Situasi sedemikian yang dapat disaksikan menerusi siri fantasi terbaharu berjudul Wizards Of Warna Walk.

WOW KV 1_landscape_final

Diterbitkan Disney Asia Channel, Wizards Of Warna Talk mengisahkan sebuah keluarga yang dikenali sebagai D’Cruz di Kuala Lumpur yang mempunyai kebolehan luar biasa. Keluarga tersebut terdiri daripada si bapa, Norman lakonan Datuk Afdlin Shauki, si ibu bernama Jasmin (Carmen Soo) dan anak-anak mereka Alissa, Aiden serta Amelia.

Diadaptasikan daripada siri Wizards Of Waverly Place lakonan penyanyi dan pelakon Selena Gomez, siri yang menemui penonton Jumaat pukul 1 tengah hari menerusi saluran Disney Channel (615) tersebut telah mendapat reaksi positif sewaktu disiarkan untuk penonton luar negara termasuk di Indonesia, Thailand dan Filipina.

WOWW-KV-2_NORMAN

Terlalu jauh untuk dibandingkan dengan jenama besar seperti Harry Potter, namun ahli sihir dalam siri Wizards Of Warna Walk juga terdiri daripada remaja, Alissa, Aiden dan Amelia yang comel dengan telatah menceriakan suasana.

Bukan itu sahaja, siri berkenaan juga kaya dengan nilai sosial dan budaya setempat, kekeluargaan dan nilai kasih sayang yang boleh menjadi inspirasi dalam setiap episod yang dimainkan.

(L-R) The cast of WOWW- Afdln Shauki, Mia Sara, Emma Sofea, Idan Aeden, Carmen Soo

Peraduan Wizards Of Warna Walk

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!  

Untuk anda dan peminat, apa kata jom sertai keseronokan dalam Wizards Of Warna Walk dengan menyertai peraduan mudah ini untuk memenangi hadiah hadiah berupa goodie bags bernilai RM150 setiap satu.

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 10 buah goodie bag kepada Budieyators dan pembaca bertuah.

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang SHARE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Namakan watak utama dalam Wizards Of Warna Walk
  2. Nyatakan masa siaran Wizards Of Warna Walk di saluran Disney.
  3. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya suka menonton Wizards Of Warna Walk kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email:

Peraduan Wizards Of Warna Walk

Tarikh tutup peraduan:

20 November 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada DISNEY CHANNEL dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

WOWW-KV-2_AIDEN
WOWW-KV-2_SARA
WOWW-KV-2_ALISSA
WOWW-KV-2_AMELIA
WOWW-KV-2_JASMIN

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nikmati Sajian Terbaik di Malaysia International Gastronomy Festival KULinary di KLIA

Lawak Kumpulan Rare di Maharaja Lawak Mega 2019 Trending di Youtube Malaysia