in , , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem THE MYSTERY OF DRAGON SEAL

Budiey ada 50 pass untuk korang menonton filem THE MYSTERY OF DRAGON SEAL bersama selebriti di TGV Cinemas 1 Utama pada 8 Januari 2020 (Hari Rabu). Jadi, kepada anda yang mahu tiket, boleh sertai peraduan ini sekarang!

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures dan Square Box Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan dan ingin mengajak anda semua untuk menonton sebuah filem aksi yang berjudul THE MYSTERY OF DRAGON SEAL.

The Mystery Of Dragon Seal

Sinopsis Filem THE MYSTERY OF DRAGON SEAL

Sekuel kepada filem tahun 2014, “Viy”, ini mengisahkan tentang seorang lelaki Inggeris bernama Jonathan Green. Kali ini dia sekali lagi melakukan pengembaraan hebat yang mana ia telah membawanya ke China. Dia telah berjaya membuat penemuan menakjubkan, bertemu dengan makluk pelik, bertemu kerabat diraja China dan berdepan dengan guru seni mempertahankan diri berbahaya. Dia juga perlu berdepan raja segala naga, Dragon King. 

Filem ini diarahkan oleh Oleg Stepchenko dan dilakonkan oleh Jason Flemyng, Charles Dance, Rutger Hauer, Jackie Chan, Arnold Schwarzenegger dan ramai lagi.

Filem ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 9 Januari 2020.

The Mystery Of Dragon Seal

Ayuh! Tonton Trailer Dulu Sebelum Menonton di Pawagam

Budiey ada 50 pass untuk korang menonton filem yang padat dengan babak aksi ini di TGV Cinemas 1 Utama pada 8 Januari 2020 (Hari Rabu).

Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer THE MYSTERY OF DRAGON SEAL yang telah ditayangkan di Youtube: https://youtu.be/BomUIA_pSwg

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak? Komen di ruangan kat bawah ni.

Untuk kalian yang menyukai filem ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

The Mystery Of Dragon Seal

Peraduan Premiere With Budiey Menonton THE MYSTERY OF DRAGON SEAL

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 50 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
8 Januari 2020 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.00 malam

Tempat:
TGV Cinemas 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere THE MYSTERY OF DRAGON SEAL – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #themysteryofdragonseal 

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini dan kongsikan di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #themysteryofdragonseal kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon utama filem.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan THE MYSTERY OF DRAGON SEAL – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem THE MYSTERY OF DRAGON SEAL

Tarikh tutup peraduan:

7 Januari 2020

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan Square Box Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 9 Januari 2020 di pawagam berdekatan anda.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

The Mystery Of Dragon Seal The Mystery Of Dragon Seal The Mystery Of Dragon Seal The Mystery Of Dragon Seal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Inteam Edarkan Bantuan Makanan Kepada Gelandangan di Kanada pada Hari Krismas

Izara Aishah Hamil Anak Pertama Enam Bulan