in ,

Inteam Edarkan Bantuan Makanan Kepada Gelandangan di Kanada pada Hari Krismas

Syabas buat kumpulan Inteam yang bekerja keras untuk membantu golongan gelandangan di bumi Kanada. Jom baca kisah mereka!

Kumpulan Inteam yang baru saja pulang dari Kanada berkongsi pengalaman bagaimana persembahan mereka di Toronto, mendapat sambutan hangat hampir 10,000 penonton yang hadir ke program Konvensyen Reviving Islamic Spirit yang diadakan setiap tahun itu. 

Inteam Edarkan Bantuan Makanan Kepada Gelandangan Di Kanada Pada Hari Krismas

“Alhamdulillah, ini merupakan kali kedua kami diundang mengadakan persembahan di program berprestij ini selepas kali pertama dijemput ke sana pada tahun lepas,”

“Nampaknya penganjur dan penonton menyukai persembahan kami dan mereka telah menjemput lagi kami pada tahun ini, bagi mengadakan persembahan dalam program tahunan ini,”

– Syah, ketua kumpulan nasyid Inteam
Inteam Edarkan Bantuan Makanan Kepada Gelandangan Di Kanada Pada Hari Krismas

Program Reviving Islamic Spirit ini telah diadakan setiap tahun sejak 17 tahun yang lalu menghimpunkan para ulama dan pendakwah Islam terkenal dan berpengaruh dari serata dunia khususnya dari sebelah Amerika dan Eropah.

Program ini berjaya mengumpulkan hampir 10,000 pengunjung dari kalangan warga Kanada, Amerika Syarikat dan Eropah yang majoritinya beragama Islam dan sebahagian yang bukan Islam. Program ini telah diadakan di Metro Toronto Convention Centre di pusat bandar Toronto.

“Tahun ini kami tetap mengekalkan konsep berpakaian busana Melayu di dalam persembahan kami seperti tahun lalu, cuma kali ini kami memakai set lengkap busana Melayu yang lebih cantik dan sempurna kerana mendapat tajaan dari butik Zarif Tuah Couture,”

“Alhamdulillah, kami berbangga dapat bergaya menampilkan pakaian kebudayaan kita di pentas antarabangsa ini dan penonton di sana juga sangat menyukainya dan mereka ingin bergambar bersama kami,”

– Hazamin

“Kali ini kami telah diminta mengadakan persembahan di 4 tempat berbeza iaitu di Pentas Utama konvensyen, di pentas 360 iaitu pentas bazar dan juga di dalam program bersama kanak-kanak serta di dalam program Knowledge Retreat yang diadakan oleh penganjur konvensyen,”

“Antara seleksi lagu yang kami nyanyikan, kebanyakannya adalah nasyid dan Qasidah berbahasa Arab seperti Ya Hanana, Solatun, Selawat Badar, Sifatullah, Qad Kafani, Qamarun dan banyak lagi,”

– Rahim

“Alhamdulillah perjalanan kami ke Kanada kali ini telah mendapat sokongan dan tajaan ramai pihak antaranya ialah MBI Selangor, Akademi Qasidah Aswaja Wilayah Persekutuan, Kembara Meals, GoSambal, Travel Reccommend, Zarif Tuah Couture dan Inteam Apparel. Terima kasih kami ucapkan kepada semua penaja yang sudi memberi sokongan,”

– Syah Inteam

Menurut Syah lagi, perjalanan ke Kanada kali ini lebih bermakna apabila kumpulan Inteam dapat menyertai satu program amal yang diadakan di Brantford iaitu memberi pek makanan kepada gelandangan yang berlindung di rumah perlindungan di sini dalam keadaam cuaca yang sangat sejuk.

Program amal ini telah dianjurkan bersama Komuniti Melayu dan Persatuan Muslim Brantford serta Masjid Brantford dan diadakan pada 25 Disember iaitu pada hari Krismas.

“Kami bersyukur dapat terlibat dalam program amal ini dengan memberi mereka bantuan makanan tengahari yang mana kebanyakan mereka beragama Kristian yang tidak dapat menyambut perayaan mereka pada hari tersebut disebabkan kesukaran hidup yang dihadapi.

Apa yang menarik, program ini diadakan oleh pihak Masjid dan mereka memberi bantuan tidak kira kepada pihak sesiapa pun,”

– Inteam

Kumpulan Inteam berada di bumi Kanada bermula pada 18 Disember 2019 sehingga 29 Disember 2019 dan baru sahaja tiba di tanahair semalam.

Inteam Edarkan Bantuan Makanan Kepada Gelandangan Di Kanada Pada Hari Krismas Inteam Edarkan Bantuan Makanan Kepada Gelandangan Di Kanada Pada Hari Krismas Inteam Edarkan Bantuan Makanan Kepada Gelandangan Di Kanada Pada Hari Krismas

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ejen Ali | 23

Ejen Ali & Airasia Akhiri Tahun 2019 Dengan Kolaborasi OURSHOP

Jackie Chan | 24

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem THE MYSTERY OF DRAGON SEAL