in , , ,

Peraduan Tayangan Filem JOHN WICK: CHAPTER 3 – PARABELLUM

Hello gais! Budiey ada 60 pass untuk korang menonton filem JOHN WICK: CHAPTER 3 – PARABELLUM bersama selebriti di TGV Cinemas 1 Utama pada 13 Mei 2019 (Hari Isnin). Jadi, kepada anda yang mahu tiket, boleh sertai peraduan ini sekarang!

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda untuk menonton sebuah filem thriller aksi neo-noir yang padat dengan babak menarik berjudul JOHN WICK: CHAPTER 3 – PARABELLUM.

John Wick: Chapter 3 - Parabellum

Sinopsis Filem JOHN WICK: CHAPTER 3 – PARABELLUM

Filem JOHN WICK: CHAPTER 3 – PARABELLUM diarahkan oleh Chad Stahelski dan skrip pula ditulis oleh Derek Kolstad. Filem ini dibintangi oleh Halle Berry, Laurence Fishburne, Mark Dacascos, Asia Kate Dillon, Lance Reddick, Saïd Taghmaoui, Jerome Flynn, Tobias Segal, Boban Marjanović, Anjelica Huston, dan Ian McShane sebagai pelakon utama.

JOHN WICK: CHAPTER 3 – PARABELLUM menceritakan tentang pembunuh upahan lagenda John Wick dalam pelarian atas dua sebab: kontrak bernilai USD14 juta untuk nyawanya telah menyebabkan dia kini menjadi sasaran pembunuh upahan hebat di seluruh dunia, dan juga kerana dia telah melanggar peraturan dengan membunuh ahli High Table dalam kawasan Continental Hotel.

Dia telah diberi masa sejam oleh pengurus Continental, Winston, untuk melarikan diri sebelum keahliannya dibatalkan dan dia dilarang daripada segala perkhidmatan. Ini adalah satu-satunya peluang untuknya melawan dan keluar dari New York.

Dapatkah John Wick berhasil untuk melarikan diri dan bertahan untuk hidup?

Filem ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 16 Mei 2019.

Ayuh! Tonton Trailer Dulu Sebelum Menonton di Pawagam

Budiey nak menghadiahkan 60 pass istimewa dan eksklusif untuk korang menonton filem yang padat dengan babak aksi mengujakan ini di TGV Cinemas 1 Utama pada 13 Mei 2019 (Hari Isnin). Selain itu juga, Budiey ada tiga hadiah baju T eksklusif filem JOHN WICK: CHAPTER 3 – PARABELLUM untuk korang yang bertuah yang menghantar slogan yang paling KREATIF!

John Wick 3 Front

Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer JOHN WICK: CHAPTER 3 – PARABELLUM yang telah ditayangkan di Youtube.

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak? Komen la sikit.

Untuk kalian yang menyukai filem ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

John Wick: Chapter 3 - Parabellum

Peraduan Premiere With Budiey Menonton JOHN WICK: CHAPTER 3 – PARABELLUM

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 60 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
13 Mei 2019 (Hari Isnin)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.00 malam

Tempat:
TGV Cinemas 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere JOHN WICK: CHAPTER 3 – PARABELLUM – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #JohnWick3MY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang share di entri post ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang share Facebook & Twitter di entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #JohnWick3MYkerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah filem JOHN WICK: CHAPTER 3 – PARABELLUM

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan JOHN WICK: CHAPTER 3 – PARABELLUM – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem JOHN WICK: CHAPTER 3 – PARABELLUM

Tarikh tutup peraduan:

12 Mei 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 16 Mei 2019 di pawagam berdekatan anda.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

John Wick: Chapter 3 - Parabellum
John Wick: Chapter 3 - Parabellum
John Wick: Chapter 3 - Parabellum
John Wick: Chapter 3 - Parabellum

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aizat Amdan Pembuka Tirai Konsert Jason Mraz

AKU YANG KAU TINGGALKAN Lakonan Ungku Ismail dan Siti Elizad