in , ,

Aizat Amdan Pembuka Tirai Konsert Jason Mraz

Penyanyi dan komposer Aizat Amdan diberi penghormatan sebagai pembuka tirai konsert penyanyi antarabangsa, Jason Mraz. Konsert “Good Vibes Tour 2019” yang bakal berlangsung pada 13 Mei 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu merupakan salah satu hentian konsert jelajah Asia bintang terkenal itu.

Diberi  peluang beraksi di segmen pembukaan konsert tersebut,  Aizat menyifatkan ini adalah penghormatan besar buatnya kerana berpeluang berkongsi pentas yang sama dengan pemenang Grammy yang pernah menjadi fenomena pop global menerusi hits klasiknya ‘I’m Yours’.

“Saya berasa amat bersyukur diberikan peluang ini. Dipilih untuk membuat persembahan pembukaan dan memanaskan pentas untuk salah satu penyanyi dan komposer berbakat di dunia, merupakan suatu kejayaan peribadi saya.

Saya teruja untuk bertemu dengannya secara dekat dan berkongsi pandangan tentang muzik. Saya berharap agar kami boleh bekerjasama di masa hadapan,”

– Aizat

Aizat mula mencipta nama sejak kejayaan besar album debutnya ‘Percubaan Pertama’ pada tahun 2008.

Konsert Jason Mraz

Aizat sebelum ini pernah popular dengan lagu hitsnya ‘Pergi’, ‘Hanya Kau Yang Mampu’, ‘Susun Silangkata’, ‘Sungai Lui’ dan ‘Kau Aku’. Tahun lepas, Aizat menerbitkan lagu yang dirakam dalam dua bahasa iaitu ‘Sampai Ke Hari Tua’ dan juga lagu ‘Harapan Jadi Nyata’ yang merupakan sebuah lagu penghormatan buat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berjaya menyentuh hati rakyat Malaysia.

Penyanyi dan komposer berbakat yang pernah memenangi pelbagai anugerah ini, turut menyumbang dan menghasilkan lagu untuk artis tempatan antaranya Fattah Amin, Aisyah Aziz dan Haiza.

Sepanjang kerjaya seninya selama 12 tahun, karya Aizat bukan sahaja berjaya menakluki gelombang radio tempatan malah berjaya mencapai jutaan strim di kesemua pelantar media digital popular.

Terkini, Aizat telah melancarkan lagu terbaharunya ‘Angin Lalu’ pada 26 APRIL 2019 yang boleh didapati di kesemua pelantar digital.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Koleksi Raya Creacion Siti Nurhaliza Ketengahkan Konsep Art Deco

Peraduan Tayangan Filem JOHN WICK: CHAPTER 3 – PARABELLUM