in , ,

Selepas Kehilangan Suami & Anak, Kini Ibu Mertua Nora Pula Meninggal Dunia

Nora Ariffin Diuji Lagi, Selepas Kehilangan Suami & Anak Kini Ibu Mertua Pula Meninggal Dunia

Setiap yang hidup pasti akan merasakan kematian. Namun bagi penyanyi Nora Ariffin, kebelakangan ini banyak kematian yang berlaku begitu dekat dengan kehidupannya. Bermula dengan kematian suaminya, Johan Nawawi pada 2017 dan diikuti dengan kematian anaknya pula, Alif Johan pada 2019, satu lagi berita kematian menyusul.

Menerusi Instagram Nora, penyanyi Di Persimpangan Dilema ini memaklumkan bahawa ibu mertuanya, Nora Abdullah (ibu arwah Johan Nawawi) telah meninggal dunia hari ini pada pagi tadi (2 September 2020). 

Selepas Kehilangan Suami & Anak, Kini Ibu Mertua Nora Pula Meninggal Dunia

Dalam kenyataannya di media sosial tersebut, dia berharap ibu mertuanya ditempatkan bersama para solehin dan dapat bertemu dengan suami dan anaknya di sana nanti. Sedihnya… 

Netizen Bersimpati dengan Nora

Rata-rata netizen di media sosial mengucapkan takziah buat Nora dan mendoakan semoga penyanyi ini tabah dengan dugaan yang dihadapinya itu.

Ujian yang menimpa Nora ini juga mendapat perhatian personaliti TV3, Fedtri Yahya yang juga bersimpati dengan penyanyi ini.

Selepas kehilangan suami dan anak, penyanyi Nora diuji pula dengan kehilangan mentua ( Ibu kepada allahyarham Johan Nawawi ). Semoga diberi ketabahan atas ujian demi ujian…

Untuk info, arwah Nora Abdullah ialah pelukis komik wanita pertama negara dan terkenal dengan hasilnya tentang lagenda Cik Siti Wan Kembang pada tahun 1955 dan diterbitkan semula dalam majalah Gila-Gila dan Salina pada tahun 1980-an.

Selepas Kehilangan Suami & Anak, Kini Ibu Mertua Nora Pula Meninggal Dunia

Pelukis komik wanita pertama negara; NORA telah kembali ke rahmatullah.

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎, 

Salam Takziah buat keluarga Allahyarhamah Nora Abdullah, moga tabah menghadapi ujian dan moga roh arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman, Amin….

Takziah buat keluarga Nora Ariffin. Al Fatihah… 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem SEBELUM IBLIS MENJEMPUT AYAT 2

Kongsi Alamat Dalam IC, Ali Puteh Ajak Netizen Tak Puas Hati Bersemuka