in ,

Absolut Management Perkenal 10 Selebriti di Bawah Pengurusan dengan Pelbagai Keistimewaan

Pada 23 Ogos lalu, Budiey telah hadir di sidang media pengumuman secara rasmi barisan selebirti yang bernaung di bawah syarikat Absolut Talents & Management (Absolut Management) serta majlis menandatangani kontrak perjanjian diantara pihak pengurusan, selebiriti dan juga rakan penaja. Terima kasih kepada pihak penganjur sudi menjemput Budiey.

Bertempat di sebuah hotel terkemuka, satu sidang media oleh Absolut Talents & Management telah pun diadakan bagi memperkenalkan secara rasmi 10 orang selebriti dan influencer yang terlibat, serta sekali gus menganjurkan majlis menandatangani kontrak perjanjian di antara pihak pengurusan, selebriti dan juga rakan penaja.

Sebelum ini, kita dapat perhatikan ada sahaja isu di mana selebriti ditindas oleh pihak pengurusan dan ada juga selebriti yang terpaksa dibuang dari pihak pengurusan gara-gara tidak berdisiplin dan sebagainya, namun Budiey dapat melihat kesungguhan Absolut Talents & Management bagi memastikan segala isu negatif ini tidak akan berlaku dalam pengurusan mereka. 

Absolut Management Perkenal 10 Selebriti Di Bawah Pengurusan

Jika sebelum ini, Ben Ali dan Nadiyah Shahab berjaya dengan bisnes kek Absolut mereka, kini pasangan suami isteri selebriti ini telah pun melebarkan sayap dengan membuka syarikat Absolut Talents & Management dengan menggendalikan 10 barisan selebriti yang bernaung di bawah label pengurusan mereka.

Absolut Management Perkenal 10 Selebriti Di Bawah Pengurusan

Syarikat pengurusan selebriti yang di pelopori oleh Ben Ali ini nampak begitu serius ingin menjaga kebajikan dan keselematan selebriti di bawah jagaan mereka dengan memberikan pelbagai inisiatif dan kelebihan demi melihat karier mereka berkembang dan terus maju. 

Kehadiran sepuluh orang selebriti ini setidaknya dapat memeriahkan industri hiburan yang dikatakan agak suram sejak dunia dilanda penularan Covid-19.

Absolut Management Perkenal 10 Selebriti Di Bawah Pengurusan

Jom Berkenalan dengan 10 Selebriti Dari Absolut Management

Barisan selebiriti Absolut Management terdiri daripada Nadiyah Shahab, Ikmal Amry, Oktovia Manrose, Scha Elinnea, Nabil Aqil, Najla Shamsul, Harris Annuar, Aisar Khaleed, Nurin Afiqah dan Yasmine Ow. 

Absolut Management Perkenal 10 Selebriti Di Bawah Pengurusan
bintang kelahiran Hero Remaja 2017, iaitu Harris Annuar, Ikmal Amry dan Nabil Aqil.

Tiga daripada sepuluh selebriti yang dipilih merupakan bintang kelahiran Hero Remaja 2017, iaitu Harris Annuar, Ikmal Amry dan Nabil Aqil. 

Menyedari akan kepentingan menjaga kebajikan para selebriti, pihak pengurusan Absolut Management mengambil initiatif dengan memperkenalkan 10 keistimewaan yang bakal kami praktikkan selama tempoh mereka bersama kami sebagai selebriti sepenuh masa. 

Absolut Management Perkenal 10 Selebriti Di Bawah Pengurusan
Turut diadakan, majlis menandatangani kontrak perjanjian di antara pihak pengurusan, selebriti dan juga rakan penaja.

Dengan merekrut bakat-bakat baharu yang masih segar serta sedang meningkat naik, objektif penubuhan Absolut Management adalah untuk menjadi sebuah syarikat pengurusan selebriti yang lebih fokus kearah pembangunan serta pembentukan karier dari peringkat awal yang lebih menyeluruh. 

Barisan-barisan selebriti lain adalah termasuk Nadiyah Shahab, Oktovia Manrose, Scha Elinnea, Najla Shamsul, Aisar Khaleed, Nurin Afiqah dan Yasmine Ow.

Absolut Management Perkenal 10 Selebriti Di Bawah Pengurusan

“Sebelum ini memang Ben Ali yang menguruskan segala job-job lakonan saya. Jadi, ramai yang tanya siapa yang menguruskan kerjaya seni saya.

Mungkin disebabkan ini juga Ben mengambil keputusan untuk membuka syarikat pengurusan bagi membantu rakan-rakan artis yang lain,”

– Ikmal Amry.

Bagi Harris Annuar dan Nabil Aqil pula, sebelum ini mereka telah pun bernaung di syarikat pengurusan yang lain, namun mungkin kerana masih baru ketika itu, mereka mungkin tidak biasa dan tidak tahu selok belok sebenar dalam bidang seni ini.

“Ben Ali juga merupakan finalis Hero Remaja 2012, walaupun dia lebih aktif dalam bidang perniagaan, tapi dia juga banyak kenalan yang bekerja di produksi. Selain itu juga, kami percaya Ben memahami dan tahu apa yang terbaik untuk kami”

– Harris Annuar
Absolut Management Perkenal 10 Selebriti Di Bawah Pengurusan

Menyedari akan kepentingan menjaga kebajikan para selebriti, pihak pengurusan Absolut mengambil inisiatif dengan memperkenalkan 10 keistimewaan kepada artis naungan mereka. 

Antaranya adalah seperti memberikan perlindungan insuran, menyediakan slip gaji bulanan bagi tujuan memudahkan urusan pembelian kereta, rumah atau sebagainya, menyediakan jurugambar atau juruvideo untuk tujuan kerja dan banyak lagi.

Absolut Management Perkenal 10 Selebriti Di Bawah Pengurusan

Semoga barisan selebriti yang bernaung di bawah pengurusan Absolut maju jaya dan dapat meluaskan lagi kerjaya mereka dalam industri seni tanah air.

Absolut Management Perkenal 10 Selebriti Di Bawah Pengurusan

10 Keistimewaan Sebagai Selebriti Absolut Management

👉 Memberikan perlindungan insuran dengan kerjasama Agensi lmtiyaz Consultancy.

👉 Menyediakan slip gaji bulanan bagi tujuan memudahkan urusan pembelian kereta, rumah dan sebagainya. 

👉 Menyediakan jurugambar atau juruvideo untuk tujuan kerja atau menghadiri acara. 

👉 Menyediakan “comp cards”, “talent profile” , “business card” dan “rate card”. 

👉 Menguruskan jadual dan kalendar serta meletakkan “Key Performance Index (KPI)’ untuk setiap selebriti. 

👉 Menyediakan “Public Relations” (PR) mewakili selebriti untuk menghadiri acara.

👉 Membantu mendapatkan Pembantu Peribadi , Jurumekap dan juga “stylist” sekiranya diperlukan. 

👉 Menghantar ke Kelas Lakonan , Pengacaraan , Vokal atau Gym mengikut kriteria dan minat selebriti. 

👉 Mengadakan Program “Internship” Lakonan dengan kerjasama beberapa buah produksi tempatan. 

👉 Mendapatkan serta sentiasa mencari peluang penajaan , “endorsement” , promosi iklan di media sosial dan juga lakonan. 

Absolut Management Perkenal 10 Selebriti Di Bawah Pengurusan
Absolut Management Perkenal 10 Selebriti Di Bawah Pengurusan

Mengenai Absolut Management

Ditubuhkan pada 2020 dan objektif penubuhan Absolut Management adalah untuk menjadi sebuah syarikat pengurusan selebriti yang lebih fokus kearah pembangunan serta pembentukan karier dari peringkat awal yang lebih menyeluruh. Adalah menjadi tanggungjawab kami selaku pihak pengurusan untuk cuba melonjakkan lagi nama selebriti-selebriti kami ini di dalam industri hiburan tanah air selama tempoh mereka berada dibawah naungan kami.  Selain dari pengurusan selebriti, jenama Absolut juga mempunyai perniagaan lain iaitu 

Absolut Chocolat di bawah syarikat Absolut Brands Sdn Bhd, Absolut Food Fest, & Absolut Grace Charity 

Pengasas bersama, Ben Ali & Nadiyah Shahab memulakan jenama Absolut Chocolat daripada minat yang biasa untuk membuat roti. Dalam 2 bulan pertama beroperasi, jenama tempatan mula mengeksport produk pertamanya ke Singapura dan Brunei. Dalam masa 5 bulan, mereka mengembangkan operasi tempatan sehingga mempunyai lebih daripada 15 ejen penjualan yang berkhidmat di Malaysia Timur dan Barat. Duo ini juga telah mengembangkan kehadiran jenama Absolut Chocolat ke lebih 50 kedai Petronas pada tahun pertama operasi, menyebarkan minat mereka untuk membuat roti di seluruh negara. Semua kek dibakar segar setiap hari di Kuala Lumpur. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Yang Berlaku Selepas 23 Tahun Dunia Kehilangan Puteri Diana

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem SEBELUM IBLIS MENJEMPUT AYAT 2