in , , ,

LoveLove

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem MY SPY

Salam semua pembaca Budiey.com, pada bulan ini kita dapat menyaksikan banyak sekali filem menarik yang akan berada di pawagam. Antaranya sebuah filem aksi yang wajib ditonton. Nah! kepada anda yang nak menang pass menonton filem ini, apa kata sertai peraduan ini sekarang!

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda semua untuk menonton sebuah filem aksi komedi yang dibintangi oleh Dave Bautista, Chloe Coleman, Kristen Schaal, Ken Jeong berjudul MY SPY.

Filem MY SPY

Budiey ada 40 pass untuk korang menonton filem yang padat dengan babak yang aksi komedi ini. Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Anda sudah menonton trailer filem ini? Nah! Jika belum, apa kata tonton dulu trailer kat bawah ini:

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak? Komen di ruangan kat bawah ni. Untuk pembaca yang menyukai filem ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Sinopsis Filem MY SPY

Filem ini mengisahkan seorang pekerja CIA bernama JJ yang telah diturunkan pangkat dan terpaksa menjalankan operasi pemantauan rutin atas keluarga Sophie. Bagaimanapun, gadis pintar teknologi yang berusia 9 tahun itu menjumpai kamera-kamera tersembunyi di dalam rumahnya dan berjaya mengesan di mana operasi itu dijalankan. Setelah mendapat tahu tentang rahsia perisik itu, dia cuba memujuknya untuk mengajar cara menjadi seorang perisik dengan balasan tidak akan mendedahkan penyamarannya. Walau enggan pada mulanya, perisik itu kemudiannya mengalah dengan pesona dan kepintaran gadis itu.

Filem yang diarahkan oleh Peter Segal ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 12 Mac 2020.

Filem MY SPY

Peraduan Premiere With Budiey Menonton MY SPY

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 40 tiket untuk pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
TBC

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.00 malam

Tempat:
TGV Cinemas 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere MY SPY – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #MySpy

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini dan kongsikan di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #MySpy kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah filem ini.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan MY SPY – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem MY SPY

Tarikh tutup peraduan:

10 Mac 2020

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 12 Mac 2020 di pawagam berdekatan anda.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

What do you think?

66 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran Single Miss Diva Ifa Raziah

Tiga Kali Tangguh Kahwin, Mamat Sepah Akhirnya Sah Jadi Suami Anggota Polis IPD Shah Alam