in , ,

Sekitar Pelancaran Single Miss Diva Ifa Raziah

Sentiasa mahukan yang lebih segar dan berenergi serta kekal relevan dalam arus muzik semasa, penyanyi Ifa Raziah tampil dengan single terbaru berjudul Miss Diva, lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan komposer Indonesia, Ressa Herlambang.

Lagu bergenre Pop Dance itu siap dirakamkan tahun lalu sementara Music TV (MTV) yang mendapat sentuhan hebat daripada pengarah muda berbakat besar iaitu Syahid Rushdan pula dirakamkan pada Januari lalu. MTV itu ditaja oleh BQueen Beauty Spa.

Kata Ifa atau pemilik nama penuh, Saripah Raziah Mustapha, ini adalah kerjasama kedua dengan Hafiz selepas lagu Starlela yang dilancarkan pada Julai 2019.

Pelancaran Single Miss Diva Ifa Raziah

Berdasarkan keserasian itu, sekali lagi Ifa menaruh kepercayaan terhadap Hafiz untuk menghasilkan lagu Miss Diva.

“Saya pilih Hafiz kerana dia memahami kehendak saya serta ampu mencorakkan lagu yang sesuai dengan suara saya. 

“Kebanyakan lagu ciptaan Hafiz bersesuaian dengan jiwa saya dan saya yakin lagu Miss Diva akan turut disukai ramai dan menempa kejayaan seperti mana lagu Starlela,”

– Ifa Raziah

Ifa Raziah berbesar hati kerana diberi peluang mengenakan barangan kemas termasuk satu set tiara, anting-anting dan cincin bernilai lebih RM3 juta tajaan Ceres untuk penggambaran muzik video Miss Diva.

Set tiara yang dipakai Ifa dihasilkan dengan menggunakan 1,400 butir permata jenis Aquamarine bernilai RM3 juta, set anting-anting bernilai lebih RM300,000 dan dua cincin bernilai RM65,000.

Ifa ketika ditemui berkata, itu adalah muzik video termahal yang diterbitkan sepanjang kariernya sebagai penyanyi.

“Watak saya dalam muzik video Miss Diva itu adalah sebagai Ratu. Jadi, tentunya barangan kemas dengan harga jutaan ringgit ini sesuai dengan watak yang saya bawakan itu,”

– Ifa Raziah

Set tiara yang dipakai Ifa dihasilkan dengan menggunakan 1,400 butir permata jenis Aquamarine bernilai RM3 juta, manakala set anting-anting bernilai lebih RM300,000 dan dua cincin bernilai RM65,000.

Untuk single terbaru ini, ifa turut bekerjasama dengan Universal Music Asia.

Bercakap mengenai MTV, kata Ifa konsepnya diadaptasi daripada filem Snow White And Hunstman, berkisar kepada ‘kuasa wanita’.

Pelancaran Single Miss Diva Ifa Raziah

Dalam MTV itu Ifa dijelmakan sebagai ratu jahat persis Queen Ravenna lakonan Charlize Theron dalam filem The Huntsman: Winter’s War.

 “Gerun apabila memakai tiara dan set barang kemas bernilai jutaan ringgit untuk menampilkan ifa sebagai watak Queen Ravenna yang tidak mahu wanita lain menandingi kejelitaannya, persis kisah yang tersirat dalam lagu Miss Diva.

“Watak Queen Ravenna mirip Miss Diva yang menganggap dirinya hebat dan ‘meletup’.

 “Tetapi karektor dan perwatakan yang dipaparkan dalam MTV itu hanyalah lakonan, saya masih ‘orang’ yang sama,”

– Ifa Raziah

Tahun ini, Ifa merancang untuk melebarkan sayapnya sebagai penerbit filem, drama dan pelbagai kandungan untuk program televisyen.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Guna Tulisan Jawi Dalam Klip Video, Naim Daniel Dapat Penghargaan DBP

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem MY SPY