in , , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem HELLBOY

Hello gais! Budiey ada 60 pass untuk korang menonton filem HELLBOY bersama selebriti di TGV Cinemas 1 Utama pada 10 April 2019 (Hari Rabu). Jadi, kepada anda yang mahu tiket, boleh sertai peraduan ini sekarang!

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda untuk menonton sebuah filem yang penuh dengan aksi pertarungan yang diadaptasi dari komik berjudul HELLBOY.

Filem HELLBOY

Sinopsis Filem HELLBOY

Filem HELLBOY diarahkan oleh Neil Marshall dan dibintangi oleh David Harbour, Milla Jovovich, Ian McShane, Sasha Lane, Daniel Dae Kim dan ramai lagi. Seperti yang kita sedia maklum, Hellboy adalah antara nama syaitan yang berasal dari Neraka yang digelar oleh tentera Nazi dan dibesarkan oleh ayahnya yang merupakan seorang manusia, Profesor Trevor Bruttenholm.

Jika anda masih ingat, dalam filem Hellboy sebelum ini, watak Hellboy dilakonkan oleh Ron Perlman tapi untuk filem terbaharu ini karakter Hellboy dilakonkan oleh David Harobour. Nama David Harbour semakin melonjak naik dengan penampilan cemerlang semasa membawakan watak Jim Hopper dalam drama yang disiarkan di Netflix berjudul STRANGER THINGS (2016).

Dalam filem ini, Milla Jovovich membawa watak antagonis iaitu Blood Queen. Peranan Milla Jovovich cukup kuat dan dinantikan oleh peminat gara-gara karakter ini begitu besar dan digambarkan beliau seorang ahli sihir yang takkan mati.

Filem Hellboy versi reboot ini akan lebih memaparkan kesan gelap seperti yang pernah dipaparkan dalam komik. Sesuai dengan komik Blood Queen, kesan seram dan aksi serta watak Hellboy akan lebih menonjol.

Jadi peminat komik Hellboy sudah tentu teruja untuk menonton filem ini kerana ia tak ubah seperti cerita dalam komik.

Filem ini diangkat dari novel grafik Mike Mignola dengan judul yang sama. Ia berkisarkan tentang Hellboy yang perlu mempersiapkan diri bagi menentang ahli sihir purba yang mahu membalas dendam dan menghancurkan dunia.

Filem ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 11 April 2019.

Filem HELLBOY

Ayuh! Tonton Trailer Dulu Sebelum Menonton di Pawagam

Budiey nak menghadiahkan 60 pass istimewa dan eksklusif untuk korang menonton filem yang padat dengan babak aksi mengujakan ini di TGV Cinemas 1 Utama pada 10 April 2019 (Hari Rabu). Selain itu juga, Budiey ada tiga hadiah baju T eksklusif filem HELLBOY untuk korang yang bertuah yang menghantar slogan yang paling KREATIF!

Baju T HELLBOY

Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer HELLBOY yang telah ditayangkan di Youtube.

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak? Komen la sikit.

Untuk kalian yang menyukai filem ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Filem HELLBOY

Peraduan Premiere With Budiey Menonton HELLBOY

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 60 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
10 April 2019 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
8.45 malam

Tempat:
TGV Cinemas 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere HELLBOY – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #HellboyMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang share di entri post ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang share Facebook & Twitter di entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #HellboyMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah filem HELLBOY

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan HELLBOY – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem HELLBOY

Tarikh tutup peraduan:

9 April 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 11 April 2019 di pawagam berdekatan anda.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem HELLBOY
Filem HELLBOY
Filem HELLBOY
Filem HELLBOY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tak Cukup Trending dengan SATU PELUANG, Andi Bernadee Lancar Single DONDE

Siri Jelajah Noraniza Idris MALAI SOLO TOUR 2019/2020