in , ,

Tak Cukup Trending dengan SATU PELUANG, Andi Bernadee Lancar Single DONDE

Selepas single Satu Peluang mendapat sambutan luar biasa, penyanyi remaja Andi Bernadee mahu mengulangi kejayaan sama dengan lagu DONDE. Apa yang menariknya tentang lagu DONDE ni?

Penyanyi remaja Andi Bernadee yang semakin mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan kini tampil dengan single keempatnya “Donde”.  Taruhan terbarunya ini bakal mengukuhkan lagi tempat penyanyi ini sebagai satu-satunya penyanyi lelaki generasi baharu dalam barisan pelapis pejuang muzik urban di arena muzik arus perdana Malaysia.

Andi Bernadee Lancar Single Donde

Pencarian Andi Bernadee Dalam DONDE

Andi Bernadee atau mesra disapa Andi memulakan kerjaya seninya pada tahun 2017 dengan balada TIADA LAGI MAAF. Percubaan Andi dalam membawakan irama muzik urban apabila Andi diberikan kepercayaan oleh penyanyi rap terkenal Indonesia, Roy Ricardo untuk merakam semula lagu hits rapper tersebut, ‘Semalem Sahur Dimana’ pada bulan Ramadhan tahun lalu.

Kecenderungannya dalam membawakan irama muzik urban seperti hip hop, EDM dan seumpamanya, Andi kemudiannya muncul pula dengan single ketiganya ‘Satu Peluang’ yang turut membawa konsep muzik urban. 

Satu Peluang mendapat sambutan luar biasa peminat muzik tempatan apabila video muzik rasminya yang di muatnaik di saluran Youtube Warner Music Malaysia sudah mencapai lebih 14 juta tontonan.

Populariti mendadak yang diterimanya itu telah melayakkan Andi tercalon dalam kategori ‘Artis Baharu MeleTOP’ dalam Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) yang bakal berlangsung pada pada 21 April depan.

Menerusi “Donde”, Andi sekali lagi bekerjasama dengan rapper dan penerbit tersohor, Alif yang juga bertindak sebagai komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman lagu ini.

Lagu ini turut menyuntik elemen muzik latin dalam susunan muziknya. Penggunaan muzik latin ini seiring dengan penggunaan istilah ‘donde’ yang membawa maksud ‘di mana’ dalam Bahasa Sepanyol, sekaligus bertepatan dengan tema pencarian dalam lagu ini.

Andi yang sebelum ini masih tercari-cari hala tuju muziknya kini tampak semakin selesa membawakan konsep muzik urban dalam “Donde”. Andi mengharapkan agar “Donde” dapat menaikkan profilnya sebagai penyanyi muzik urban dan sekali lagi diterima baik oleh peminat muzik tempatan.

Single “Donde” terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 29 MAC 2019.

IKUTI PERKEMBANGAN LANJUT ANDI BERNADEE DI MEDIA SOSIAL

FACEBOOK            : https://www.facebook.com/andibernadee2015

INSTAGRAM          : https://www.instagram.com/andibernadee

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Sertai Pertandingan DR. IRMA TANYA BOLEH NYANYI KE? Musim Ke-3

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem HELLBOY