in , , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem FIVE FEET APART

Budiey ada 60 pass untuk korang menonton filem FIVE FEET APART di TGV Cinemas 1 Utama pada 20 Mac 2019 (Hari Rabu). Jadi, kepada anda yang mahu tiket, boleh sertai peraduan ini sekarang!

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda untuk menonton sebuah filem romantis penuh dengan babak-babak percintaan berjudul FIVE FEET APART.

Filem FIVE FEET APART

Sinopsis Filem FIVE FEET APART

Adakah anda penggemar filem-filem drama romantis seperti Me Before You, A Walk to Remember, atau The Fault in Our Stars? Jika jawapan ya, maka FIVE FEET APART mungkin akan jadi filem drama kegemaran korang selanjutnya.

Sekilas melihat kepada poster di atas, FIVE FEET APART mungkin akan mengingatkan kita kepada The Fault in Our Stars yang dilakonkan oleh Ansel Elgort dan Shailene Woodley.

Filem ini diadaptasi dari novel yang tulis oleh Rachael Lippincott bersama Mikki Daughtry, dan Tobias Iaconis dengan judul FIVE FEET APART.

Filem drama romantis yang meruntun jiwa ini, diarahkan oleh Justin Baldoni dan dilakonkan oleh Cole Sprouse dan Haley Lu Richardson.

Filem FIVE FEET APART merupakan sebuah filem yang menceritakan kisah sepasang kekasih yang mengidap penyakit yang meragut nyawa dan mereka dipertemukan lalu jatuh cinta di sebuah hospital.

Kedua-dua mereka mengidap penyakit yang digelar cystic fibrosis di mana mereka tidak boleh berada di jarak yang dekat dan mereka perlu berada jauh dari diri masing-masing sejauh lima kaki.

Apakah kesudahannya, korang kena tonton di pawagam ya.

Filem yang diarahkan oleh Justin Baldoni ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 21 Mac 2019.

Filem FIVE FEET APART

Ayuh! Tonton Trailer Dulu Sebelum Menonton di Pawagam

Budiey ada 60 pass untuk korang menonton filem yang padat dengan babak manis dan memilukan hati ini di TGV Cinemas 1 Utama pada 20 Mac 2019 (Hari Rabu).

Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa 21 Mac 2019, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer FIVE FEET APART yang telah ditayangkan di Youtube.

Trailer FIVE FEET APART 

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak?

Untuk kalian yang menyukai filem ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Filem FIVE FEET APART

Peraduan Premiere With Budiey Menonton FIVE FEET APART

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 60 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
20 Mac 2019 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.15 malam

Tempat:
TGV Cinemas 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere FIVE FEET APART – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #FiveFeetApartMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini dan kongsikan di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #FiveFeetApartMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon utama filem FIVE FEET APART

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan FIVE FEET APART – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem FIVE FEET APART

Tarikh tutup peraduan:

19 Mac 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 21 Mac 2019 di pawagam berdekatan anda.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem FIVE FEET APART
Filem FIVE FEET APART
Filem FIVE FEET APART
Filem FIVE FEET APART
Filem FIVE FEET APART

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pendatang Baru Aamin Yusoff Pertaruhkan PENYAKIT HATI

Fattah Amin Duta Telefon Bimbit OPPO F11