in , ,

Peraduan Menang Pass Eksklusif Bertemu Bahiyya Haneesa di Fan Meet-Online

Bahiyya Haneesa Perjuang Mesej Kuasa Wanita Untuk Cetus Inspirasi Dalam ‘PERCAYA’

Bagi memartabatkan lagi pemerkasaan wanita, kumpulan Bahiyya Haneesa menjadikan lagu terbaru mereka berjudul ‘Percaya’ sebagai wadah untuk menyampaikan mesej penting itu. Sesungguhnya, pada era ini, aspek pemerkasaan wanita dalam kehidupan sejagat perlu berterusan tanpa perlu wujud lagi perasaan tertindas sebagai wanita.

Bahiyya Haneesa merupakan contoh terbaik sebagai kumpulan acapella pertama di Malaysia yang mendapat populariti dalam masa yang singkat. Sehingga kini mereka telah mencapai 827,000 subscribers di Youtube dan 146,000 pengikut di Instagram. Video cover ‘Solo’ – Jennie (of Blackpink fame) di Youtube mendapat 11 juta tontonan dan merupakan video cover yang tertinggi mereka.

Justeru, menerusi lagu baharu mereka ini, mereka ingin wanita di luar sana sedar bahawa segala impian mampu dicapai jika percaya terhadap diri-sendiri.

Hakikatnya, setiap wanita tidak mengira latar belakang mereka layak untuk mencapai kehidupan yang mereka impikan sekiranya mereka bekerja-keras. Menurut anggotanya Bonn, itulah mesej penting mahu disampaikan dalam lagu ini.

“Sesuai dengan tajuk lagu, Bahiyya Haneesa ingin semua wanita diluar sana untuk percaya pada diri sendiri, percaya bahawa setiap halangan yang dilalui akhirnya akan memberikan hasil yang diingini.

Kita semua tahu tiada apa yang senang dalam dunia ini. Semuanya perlukan usaha. Dan bila gagal, jangan pernah sekali pun kita putus asa. 

Jadikanlah kegagalan itu penguat semangat untuk kita terus bergerak ke hadapan dan berjaya.

Paling penting, wanita perlu memberi sokongan antara satu sama lain. Wanita adalah inspirasi dan semua wanita layak dihargai tanpa mengira siapa pun mereka.

Dan selayaknya, wanita harus memperkasakan sesama wanita dalam misi untuk meletakkan lagi martabat ke tahap yang lebih disegani,”

– Bahiyya Haneesa

Demi mencungkil idea untuk lagu yang penuh jiwa sebegini tentunya bukan mudah dan hal itu diakui Bahiyya Haneesa sendiri. Memandangkan kualiti serta keserasian dengan karakter kumpulan menjadi keutamaan, mereka perlu memilih lagu yang benar-benar yakin untuk mereka persembahkan dan kongsikan kepada ramai.

Namun, menurut kesemua anggota kumpulan Bahiyya Haneesa, ‘Percaya’ berjaya menambat hati mereka sebaik mendengar demo asal.

“Sebenarnya agak lama untuk kami jumpa lagu yang betul-betul paling tepat. Kami diberi beberapa demo oleh beberapa komposer yang berkualiti tetapi lagu Percaya benar-benar berjaya menambat hati kami.

Kami juga banyak membuat rujukan beberapa lagu pemerkasaan wanita yang ada dan cuba sesuaikan dengan jiwa dan karakter kami. Lebih kurang tiga bulan juga kami ambil masa untuk menyiapkan lagu ini. 

Alhamdulillah, dengan hasil kerjasama antara Bahiyya Haneesa sendiri bersama pihak Sony Music, penerbit, pengarah, dan produksi, akhirnya, terhasillah Percaya. Dalam pada itu, salah seorang ahli Bahiyya Haneesa iaitu Bonn menjadi tunjang utama kami untuk menyiapkan melodi dan lirik bagi menyempurnakna lagi karya baharu kami ini.

Kami sangat berharap semua pendengar di luar sana akan sukakan Percaya dan menjadikan lagu ini sebagai pembakar semangat mahupun pembangkit mood dalam kehidupan seharian,”

– Bahiyya Haneesa

Menyentuh mengenai aspek teknikal pula,Bagi mereka, ketelitian serta ketepatan setiap baris nyanyian perlu dilunaskan dengan sebaiknya. Apatah lagi, lagu Percaya ini disulami dengan melodi yang sudah cukup kuat, mereka harus setarakan nyanyian seiring kekuatan rentaknya juga.

“Untuk rakaman Percaya, kali ini agak mencabar kerana lebih banyak pembahagian suara dan harmoni yang kami perlu lakukan. Kami menghabiskan lebih kurang 18 jam dalam studio untuk memastikan ia betul-betul sempurna dan semua orang berpuas hati dengan lagu ini.

Untuk pembahagian suara, kami lakukan bersama kerana kami ingin benar benar memastikan bahagian solo yang dinyanyikan sesuai dengan suara kami.Percaya amat berbeza dengan lagu sebelum ini.

Meskipun pembikinannya tidak dinafikan agak sukar dan mencabar tetapi ia benar-benar berbaloi.

Kami berjaya masukkan banyak elemen termasuk bahagian rancak, bahagian tinggi, bahagian rendah, bahagian rap dan campuran bahasa.

Kami berganding bahu membantu satu sama lain untuk memberikan yang terbaik serta pastinya mutu Percaya tinggi,”

– Bahiyya Haneesa

Sesuai dengan tema wanita sebagai inspirasi, lagu ini turut menjadi lagu tema kempen SISREDAHJE yang dianjurkan oleh Safi Shayla, pakar rambut untuk wanita berhijab. Safi Shayla bukan sahaja bertujuan menyerlahkan keyakinan wanita berhijab, tetapi pada masa yang sama mengubah persepsi masyarakat terhadap mereka.

Kempen Cabaran video SISREDAHJE yang berlangsung bermula 1 September hingga 31 Oktober ini, pengguna Safi Shayla berpeluang memenangi hadiah bernilai RM20,000. Setiap penyertaan hanya perlu membuat video kreatif menggunakan produk Safi Shayla, kemudian memuat naik di Tiktok dengan menggunakan lagu kempen SISREDAHJE dan sertakan hashtag #SISREDAHJE.

Tidak ketinggalan juga, Sesi bertemu peminat bersama Bahiyya Hanessa secara online di pautan tertutup. Untuk menyertai, peminat perlu membeli produk Safi Shayla, menghantar butiran termasuk resit pembelian, nama penuh, dan nombor kad pengenalan ke nombor 016-6259239 sebelum diberikan pas eksklusif.

Layari http://safi.com.my/sisredahje untuk info lanjut.

Lagu ‘Percaya’ boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify. Youtube & Youtube Music.

Kumpulan accapella serba berbakat ini terdiri daripada 8 mahasiswi Universiti Malaya yang dianggotai oleh Afi, Bella, Bonn, Fatin, Nina, Syasya, Suha & Wafa. Mulanya tampil sebagai kumpulan nasyid, mereka kini semakin terbuka mencuba muzik yang lebih versatil dan pelbagai termasuk pop serta rap.

BAHIYYA HANEESA

Peraduan Menang Pass Eksklusif Bertemu Bahiyya Haneesa di Fan Meet-Online

Dapatkan pas eksklusif untuk temui Bahiyya Haneesa di Fan meet-online pada 3 October 2020 8PM. Budiey ingin mencari 10 orang pemenang sahaja. Untuk dapatkan pas eksklusif caranya mudah sahaja : 

Langkah 1: Nyatakan dua perkataan yang tertera di kertas yang ditulis oleh Bahiyya Haneesa di dalam Music Video ‘Percaya’ di Youtube Bahiyya Haneesa Official 

Sila tulis jawapan anda di ruang komen di bawah.

Pemenang yang bertuah akan dipilih dan akan mendapat pas eksklusif Bahiyya Haneesa fan meet-online!

Selamat mencuba!

Peraduan Menang Pass Eksklusif Bertemu Bahiyya Haneesa di Fan Meet-Online

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ini Cara Liyana Jasmay Dapat Turun Berat Badan Hampir 4 Kilogram

FINAS Sedia Geran Filem Kenegaraan Buat Penggiat Seni