in , ,

Ini Cara Liyana Jasmay Dapat Turun Berat Badan Hampir 4 Kilogram

Dalam usaha untuk menurunkan berat badan, setiap individu mengambil pendekatan tersendiri, sama ada dengan mengurangkan makanan atau mengambil supplement tertentu.

PELAKON kecil molek, Liyana Jasmay berkongsi dalam Instagram, berat terkini badannya hasil melakukan diet selepas 23 hari. Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana orang sekecil dan sudah kurus seperti Liyana masih mahu kurus lagi. Apakah dia kini terlalu berat atau obesiti sehingga sanggup berdiet semata-mata mahu kurus lagi?

Bagi pelakon Liyana Jasmay, dia mengambil langkah dengan tidak mengambil sebarang karbohidrat dan gula sepanjang tempoh 23 hari dan berjaya menurunkan berat badan hampir empat kilogram.

“Selepas 23 hari diet No carbs No sugar! My goal is 49kg. I’m very happy because lagi 0.3kg je goal nak sampai! From 53kg to this! 

“I didn’t eat any pills or any supplement at all. I cut all carbohydrates and sugar. It’s very tough at first, hari kelima I gigil and pening. But teruskan juga,” ujarnya menerusi perkongsian di Instagram miliknya.

– Liyana Jasmay
Ini Cara Liyana Jasmay Dapat Turun Berat Badan Hampir 4 Kilogram

Menurut Liyana, dia berkongsi mengenai perkara tersebut kerana mahu memberi semangat kepada mereka yang mahu menurunkan berat badan.

Dan tiada jalan singkat kerana ia sangat berbahaya. Kita hanya perlu kekuatan mental dan semangat. Dalam apa jua keadaan, apa sahaja yang anda nak capai dalam hidup, anda harus kuat dan teruskan. 

“Jadi, kalau ada apa-apa persoalan, tanya pada saya. Tolong lakukan ia secara semula jadi kerana itu lebih baik dan selamat untuk tubuh kita

“Why am I posting this? Utk kasi semangat to all the sister out there, percaya lah bahawa tiada supplement ataupun pill atau apa air mampu buat you kurus. And yes tiada jalan singkat. Shortcuts are dangerous. 

– Liyana Jasmay

We just need to have a strong will and mental. In any circumstances, apa saja u nak achieve in life u kena be strong and keep going. So just ask me if u have any questions and please do it naturally because it’s the safest and for our own body good,” ujarnya.

– Liyana Jasmay

Perkongsian Liyana itu mendapat reaksi pengikutnya dalam Instagram. Ada yang bertanya bagaimana Liyana mengatasi situasi saat menggigil itu.

“Macam mana awak mengawal gigil dan pening tu. Ada sebarang tip? Sebab itulah yang terjadi pada saya apabila tidak mengambil karbohidrat dan gula,” tanya salah seorang netizen.

– Liyana Jasmay
Ini Cara Liyana Jasmay Dapat Turun Berat Badan Hampir 4 Kilogram

Pertanyaan itu dijawab oleh Liyana dengan memberitahu bahawa dia mengambil coklat tanpa gula untuk mengatasi masalah gigil tersebut.

“Ya, memang gigil. Sampai emak saya marah dan suruh makan. Jadi, saya makan coklat tanpa gula yang disyorkan oleh kakak saya. Coklat tu rendah gula dan karbohidrat. Jadi, apanila saya makan coklat tu, ia bantu saya hilangkan gigil. Nanti saya tunjukkan anda coklat itu dalam insta storieS,”

– Liyana Jasmay

Betul apa yang dikongsikan oleh Liyana ini. Tiada jalan singkat untuk kurus selain menjaga pemakanan dan bersenam!

Namun, nak berdiet juga perlu ada ilmu kerana dibimbangi tersalah diet. Nanti, berat tak turun-turun penyakit lain pula yang datang bertandang. 

Kredit Foto: Instagram Liyana Jasmay

What do you think?

72 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Syarikat Safiey Ilias Didenda RM23,000

Peraduan Menang Pass Eksklusif Bertemu Bahiyya Haneesa di Fan Meet-Online