in , ,

Bahiyya Haneesa Suntik Nafas Baharu Istimewa Dalam PELUANG KEDUA

Fenomena lagu Peluang Kedua nyanyian asal Nabila Razali sememangnya cukup luar biasa. Boleh dikatakan, karya ciptaan Hael Husaini itu begitu berhantu dan diminati pelbagai lapisan masyarakat. Justeru, Bahiyya Haneesa atau Haneesa membuat percaturan memberi nafas baharu untuk Peluang Kedua ini.

Semestinya mahu tampil dengan kelainan, Haneesa tetap menjadikan kekuatan elemen harmoni dalam nyanyian mereka sebagai nyawa untuk lagu ini. Hakikatnya, identiti itulah yang membezakan kumpulan ini dengan penyanyi lain. Justeru, tidak timbul isu tiru-meniru setiap kali menyanyikan lagu penyanyi lain.

Namun begitu, Bahiyya Haneesa masih mengekalkan melodi asal lagu ini tanpa melakukan gubahan berlebihan. Ini disebabkan, lagu itu sendiri sudah cukup indah dan hanya memerlukan gubahan yang tersendiri mengikut identiti nyanyian mereka. Mengambil versi Peluang Kedua yang menampilkan MK K-Clique, elemen rap tentu lebih menghidupkan lagu ini.

Bahiyya Haneesa Single Cover

Menurut anggotanya, tiada sebab lain mereka memilih lagu ini untuk dinyanyikan semula selain daripada sambutan luar biasa terhadapnya. Namun begitu, mereka tidak ambil remeh proses rakamannya dan berusaha menghasilkan susunan yang segar tanpa dibayangi penyanyi asalnya.

Kami pilih lagu ini sebab sekarang memang tengah popular dan boleh dikatakan budak kecil pun hafal. Jadi kami gunakan kelebihan ini untuk berikan semua pendengar sedikit kelainan. Pendengar boleh nyanyi dengan melakukan harmoni sekali dan bukan semata-mata menyanyikan liriknya sahaja.

“Apa yang menariknya daripada segi pembikinan Peluang Kedua versi acapella ini adalah kami bertungkus-lumus bersama penerbit iaitu Kelana untuk menghasilkan susunan semula muziknya. Tidak ketinggalan, kami berkerja-keras untuk menetapkan bahagian harmoni, ‘beatbox’, serta rap,” kata mereka.

Apapun, paling penting adalah Haneesa cukup seronok dengan hasil akhir versi baharu Peluang Kedua mereka itu. Bagi mereka, kepuasan itulah yang dicari apalagi mereka sentiasa berbesar- hati bereksperimen terhadap karya orang lain. Mereka cuma mengharapkan versi itu aklmmklan berjaya memikat halwa telinga pendengar.

“Kami sangat gembira apabila semua ahli Haneesa dapat menyanyikan lagu ini dengan gaya dan Justeru, setiap bahagian adalah kegemaran kami. Ia kerana semua bahagian diberikan suntikan terperinci dan sangat istimewa dalam cara yang tersendiri. Yang pasti, kami berikan sepenuh hati dalam bahagian masing-masing.

“Kami akur dan tahu genre acapella masih terlalu kurang mesra atau boleh dikatakan asing di telinga pendengar Malaysia. Namun, pastinya ada pengikut serta penggemar untuk genre sebegini. Jadi, kami harap korang semua suka dengan lagu yang diberikan nafas baru ini dan seronok dengan kelainan kami tampilkan,” kata Haneesa.

Bahiyya Haneesa

Kumpulan acapella serba berbakat ini dianggotai Wafa Amira (Wafa), Waheeda Batrisyia(Bon), Nurul Amaninah(Nina), Nor Suhaida(Suha), Nor Afiqah(Afi), Nur Fatin(Fatin), Saidatul Syahirah(Syasya) dan Siti Nabilah,(Bella). Mulanya tampil sebagai kumpulan nasyid, mereka kini semakin terbuka mencuba muzik yang lebih versatil dan pelbagai termasuk pop serta rap.

Mereka juga aktif membuat cover beberapa lagu popular seperti Jennie- Solo, Alan Walker’s- Lily dan On My Way serta Blackpink- Kill This Love. Bahiyya Haneesa juga telah melancarkan single terbaru mereka “Percaya” pada tahun lalu dan telah menjadi lagu tema SAFI Shayla’s untuk kempen jenama tersebut.

‘Peluang Kedua’(2021) boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa | 20

Neelofa Kongsi Hubungan Keluarga & PU Riz Semakin Pulih, Bakal Umum Tarikh Nikah

Heliza Helmi | 21

Lebih Sebulan Dikuarantin, Heliza & Hazwani Helmi Dedah Positif Covid-19