in ,

Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Noryn Aziz

Untuk bulan Disember ini, Budiey dengan kerjasama Tony Roma’s menganjurkan peraduan LEPAK & MAKAN bersama seorang penyanyi di Restoran Tony Roma’s, cawangan Melawati Mall. Untuk kali ini, Budiey nak buka peluang bagi peminat juara Gegar Vaganza musim ke-5 iaitu Noryn Aziz. Buat peminat Noryn Aziz, tunggu apa lagi! Inilah masanya nak hangout bersama penyanyi pujaan anda!

Siapa tak kenal Noryn Aziz. Selepas bergelar juara, nama Noryn Aziz mulai meniti di bibir peminat. Kali ini, Budiey akan tampilkan Noryn Aziz untuk makan bersama korang sambil berbual santai! Nah tunggu apa lagi, sertai peraduan mudah ini!

Pada awal November 2018 lalu, Budiey telah berjaya mengadakan pertemuan peminat Masya Masyitah dan Ara Johari di LEPAK & MAKAN di Tony Roma’s. Budiey sangat happy sebab segala perancangan berjalan lancar. Syukurlah segalanya berjalan lancar. Tahniah buat 10 orang pemenang.

Lepak Makan Bersama Ara Johari Masya Masyitah

Ternyata, acara makan malam yang cukup santai meninggalkan kenangan manis buat semua yang hadir. Selain dapat menikmati hidangan terbaru dari restoran terkemuka ini, semua nampak sangat gembira dapat berbual-bual bersama Ara Johari dan Masya Masyitah.

Untuk setiap sesi tu, seramai 5 orang Budieyators akan dipilih untuk makan-makan sampai kenyang bersama seorang selebriti. Setiap pemenang dapat bawa seorang teman. Amacam?

NORYN AZIZ

Okay, untuk makan malam seterusnya, sesi ke-6… giliran NORYN AZIZ  pula.

Jadi, kepada korang yang menjadi peminat atau pengikut setia NORYN AZIZ, jangan lupa sertai peraduan ini ya.

Profil Noryn Aziz

Nama Noryn Aziz kian disebut-sebut oleh peminat dan pemerhati industri seni setelah Noryn menyertai Gegar Vaganza. Antara mereka, ramai memuji vokal gemersik dengan gaya jazzy yang ditampilkan Noryn di pentas Gegar Vaganza. Setiap persembahan mendapat tempat di hati juri. Dalam pada itu, tak kurang ada penonton yang masih belum mengenali penyanyi yang akan buat persembahan di Konsert Soul Sisters ini.

noryn aziz

Nama Noryn Aziz sudah begitu sinonim dengan muzik genre jazz, R&B dan soul – jadi amat tepatlah beliau dipilih memantapkan Konsert Soul Sisters bersama Misha Omar dan Siti Sarah Raissuddin.

Bukan saja memiliki bakat, Noryn, 41, juga seorang penghibur yang mempunyai pendidikan formal dalam bidang muzik dan persembahan. Beliau adalah graduan seni lulusan UITM dan kemudian memperoleh Bachelor of Music dari International College of Music (ICOM). Berkemampuan dalam nyanyian pop klasikal, Noryn turut layak menjadi seorang guru vokal.

Dari sudut nyanyian, Noryn banyak dipengaruhi dan membesar dengan lagu-lagu nyanyian Erykah Badu, Ella Fitzgerald, Quincy Jones and Jill Scott. Vokal emasnya itu sering berkumandang dalam showcase dan kelab malam di Malaysia dan meletakkan beliau sebagai antara penghibur yang mampu menyanyi live dengan baik.

Noryn mula menyanyi pada usia 18 tahun dengan merakamkan album duo Sister Sister. Dua tahun kemudian, beliau muncul sebagai artis rakaman solo dengan album Fantasi O Realiti dan dan pada tahun 2000, memasuki ICOM dengan memberi fokus kepada genre jazz. Beliau juga merakamkan album Alam Maya (2007) dan I’m Alright (2010).

Dari sisi pengalaman, Noryn pernah beraksi dengan nama-nama besar dalam dunia muzik jazz memerusi International Java Jazz Fest 2006. Dalam acara hebat itu, Noryn berkongsi pentas dengan Patti Austin, Tania Maria, Bob James Quintet, Tower of Power, Incognito dan Brand New Heavies. Di samping itu Noryn juga kerapkali diundang membuat persembahan untuk menjadi bintang undangan khas bagi Konsert 3 Diva dan Sunrise Jazz Festival.

Lebih membanggakan, Noryn pernah meraih kejayaan cemerlang dalam World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los, Angeles. Dalam acara itu, Noryn meraih Anugerah Emas bagi Kategori R & B, Kategori Pop dan Broadway.

Kejayaan Noryn yang lain termasuklah dalam Anugerah Industri Muzik (AIM), Anugerah Planet Muzik (APM). Beliau juga pernah beraksi di Kota London ketika majlis pelancaran AirAsia X ke Britain. Tidak ketinggalan Noryn turut diundang menjayakan festival jazz di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC.

Ketika ini Noryn masih bertanding dalam pertandingan nyanyian Gegar Vaganza 5 terbitan Astro dan berada pada kedudukan selesa.

ANTARA PENCAPAIAN:

ANUGERAH PLANET MUZIK 2007
Awarded as a ‘Best New Female Artiste’ and Nomination for ‘Best Female Artiste’

WORLD CHAMPIONSHIP OF PERFORMING ARTS 2008 (WHOPA)- Gold for R&B, Pop, Broadway

DUTA PRODUK

The voice of ‘Silky Girl’ cosmetic theme song and currently touring for promotion around South East Asia.

NIVEA body lotion and deodorant celebrity personality

MARIE FRANCE ambassador

CONCERTS & SHOWCASES

Hanoi Art and Music Festival (2002)
Sunrise Jazz Festival Malaysia (2002 – 2006)
International Kuching Jazz Festival (2003)
Music and Art festival in Johor Bahru (2004)
Live Noryn Aziz Showcase at Nine the Ascott (2004)
Oris Jazz Mini Concert (2005)
Noryn Aziz Live At Java Jazz Festival (Indonesia) (2006)
Nine Muses Club Jakarta Show (2007)
Sunrise KL Jazz Festival (2007)
‘DIGI Concert Tour’ (2007)
Suria FM Triple7 Concert (2007)
Live and Loud Concert (2007)
‘Journey Through Time’ Concert at Starhill KL (2007)
‘One Night Only with Noryn Aziz’ at Planet Hollywood (2008)
Valentine’s Day Showcase at Alexis KL (2009)
Malam Nada Biru (2009)
Noryn Aziz at Dewan Filharmonik Petronas (2010)

PERFORMANCES & APPEARANCES

Performance at Ferrari Malaysia Club Event 2003 till 2006
Performance at Kuala Lumpur Fashion Week at Shangri La 2003 & 2004
Performance at Porsche Malaysia Club Event 2004 till 2006
Performance at Product Launching Ralph Lauren, MotoRazr V3, Cartier, Club 21, Coach Volvo, Brabus, Audi.
Performing at Dunhill and Mild Seven events.
Performance at The Hour Glass Event at Kuala Lumpur & Singapore
Performance at KLM dinner function Jakarta 2006
Performance at UBS dinner function 2006
Performance at OCBC Private Dinner
Performance at UEM Group Private Function
Performance at Petronas F1 celebration 2007
Special guest for MAS Temptation, Award Nite 2007
Special Guest for 3 Diva concert with Ruth Sahanaya in 2007
Opening Act for Ziryab Art and Music festival 2007
Hearts of Lebanon Charity Concert 2007

Represent Malaysia for ‘Malaysia cultural performance’ in new york on February 2009
Performing at Air Asia launching in London
Product launching performances for Porsche design, Mercedes Benz, L’oreal, Nokia, Perodua, Rafflesia, Burberry, Techno Marine Watch, Oris, Ulysse Nardin, Coach, BCBG, M.A.C, Rolex, Triumph, Asprey.
Performance for Ministry of Cultural in New York, USA
Performance for AirAsia X , the launching of their first route Malaysia-London in Marriot, London.
Performance for the launching of Jomstar at Jakarta, Indonesia
Performance for Federal Day for DBKL at Tasik Titiwangsa
Charity show for Doa Buat Palestin at Istana Budaya
Performance for International Bank Gala Dinner hosted by Bank Negara
Performance for the launching of Farmasi Cosmetic
Performance for STYLO fashion week
Performance at Glam 5th anniversary at Aseana KLCC
Performance for Pesta Air in Langkawi Island
Performance for Johor Jazz Concert, Johor Bahru
Special performance for Giuseppi Zanotti
Performing at Estee Lauder ‘Breast Cancer’ charity gala dinner
Performing at COACH, Valiram Group gathering function in Singapore
Launching of a duet song with Christian Bautista and Kayla from Philippines
Performing at Mstar launching at Concorde Kuala Lumpur
Represent Malaysia at ASEAN Best Performing Arts in Jakarta
Performing at Audi R8 launching
Performing at F1 Pit Pulse Petronas
Performing at HER WORLD
Secretaries Week at The Federal Hotel Kuala Lumpur
Performing at KWSP Portfolio Managers Annual Dinner 2010

Noryn Aziz

Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama NORYN AZIZ di Restoran Tony Roma’s

Anda menjadi peminat setia dengan Noryn Aziz? Tak pernah jumpa dan makan-makan bersama beliau? Haa, ini adalah peluangnya.

Budiey ingin mencari 5 orang peminat tegar penyanyi berbakat besar, Noryn Aziz untuk Lepak & Makan Bersama di Restoran Tony Roma’s pada 21 Disember 2018.

Semasa dinner tu, pemenang bertuah berpeluang untuk borak-borak sambil makan kenyang-kenyang, boleh ambik gambar sepuas hati dalam suasana santai yang lebih intimate bersama Noryn Aziz.

Korang ingin hadir di acara santai ini sambil menikmati hidangan lazat yang disediakan oleh Tony Roma’s? Jom sertai peraduan ini. Tak susah pun sebenarnya.

Senang sahaja. Anda hanya perlu hanya jawab soalan di bawah sahaja.

Jangan lupa tag @budiey @norynaziz @trmalaysia pada posting di Instagram tersebut. Posting dengan caption PALING kreatif akan mendapat peluang untuk menang pass ke acara ini dan anda akan dapat menang 2 pass, haaa bolehlah bawa kawan seorang untuk menemani anda.

Kemudian, cipta slogan dan hantar juga emel penyertaan. Setel!

Ingat hashtag ini: #LepakMakanNorynTonyRomas #budiey #budieyators #tonyromas

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai peraduan ini dan komenlah apa pendapat anda tentang konsert ini di ruangan komen berdasarkan artikel ini. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom

2. Jawab soalah ini:

Namakan lagu yang dinyanyikan oleh Noryn Aziz di Konsert AKHIR GEGAR VAGANZA musim ke-5.

Anda juga perlu buat satu posting samada gambar & video di Instagram anda berkenaan acara santai ini. Jangan lupa tag @budiey @norynaziz @trmalaysia serta hashtag: #LepakMakanNorynTonyRomas #budiey #budieyators pada posting tersebut. Oh jangan lupa caption tu, korang kena cipta slogan juga. Posting yang kreatif akan mendapat peluang untuk menang 2 pass!

2. Cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui E-MEL bersama jawapan pada soalan di bawah.

Slogan: Saya mahu makan dan lepak bersama Noryn Aziz di Tony Roma's kerana.... (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter & Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Noryn Aziz

Tarikh tutup peraduan:

19 Disember 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email atau panggilan telefon.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Tony Roma’s dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan restoran dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SEA LIFE Malaysia Fills Its Ocean Tanks in Preparation

Genting Cruise Lines Celebrates Silver Anniversary in Singapore