in , ,

Peraduan Legoland Malaysia Sempena Filem THE LEGO MOVIE 2

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang sentiasa melayari blog ini! Jadi apa tunggu, dapatkan 2 pass masuk ke Taman Tema Legoland Malaysia dengan menyertai peraduan ini. Lekas sertai sekarang!

Sempena dengan tayangan THE LEGO MOVIE 2, Budiey.com dengan kerjasama Warner Bros Malaysia mahu memberikan empat pass masuk ke Theme Park Legoland Malaysia yang terletak di Johor? Nak tak? Kalau nak, apa kata cuba nasib dengan menyertai peraduan ini.

Untuk info pembaca yang menggemari filem animasi terutamanya yang meminati permainan Lego, pastinya menantikan filem THE LEGO MOVIE 2. Kalau kita imbas balik, ada empat buah filem di bawah francais THE LEGO MOVIE ni.

Kalau nak lebih faham tentang filem ni, korang kena tonton kesemua sekali. Barulah best! Yang penting, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 31 Januari 2019 (Hari Khamis) di GSC 1 Utama.

Nah! Apa tunggu lagi… ini satu peluang untuk mengikuti kisah selanjutnya. Filem THE LEGO MOVIE 2 akan menggegarkan pawagam di seluruh Malaysia mulai 7 Februari 2019.

THE LEGO MOVIE 2 - THE SECOND PART
Poster Filem THE LEGO MOVIE 2

Korang masih ingat tak dengan filem THE LEGO MOVIE yang ditayangkan pada tahun 2014? THE LEGO MOVIE 2 merupakan filem sambungan atau sekuel dari The Lego Movie yang tayang pada tahun 2014. THE LEGO MOVIE 2 merupakan filem 3D animasi yang ditulis oleh Phil Lord bersama Christopher.

THE LEGO MOVIE 2 sebuah filem yang padat dengan elemen aksi, sci-fi dan komedi yang diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Mike Mitchell.

Filem ini melanjutkan kisah dari filem pertama di mana ego Duplo dari luar angkasa mulai menjajah dan menghancurkan alam Lego yang baru saja kembali membaik. Emmet (Chris Pratt), Lucy (Elizabeth Banks), Batman (Will Arnett) dan teman-temannya yang lain bersatu untuk menyelamatkan dunia Lego.

Trailer Rasmi Filem THE LEGO MOVIE 2

Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem THE LEGO MOVIE 2  yang penuh aksi ini.

Filem THE LEGO MOVIE 2  akan ditayangkan di pawagam mulai 7 Februari 2019, oleh Warner Bros. Pictures, Warner Entertainment Company.

Peraduan Menang Pass Masuk ke Legoland Malaysia

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan empat keping pass masuk ke Taman Tema Legoland Malaysia untuk Budieyators dan pembaca bertuah!

Win a pair of tickets to experience the extended universe of The LEGO Movie exclusively in LEGOLAND Malaysia

– Legoland Malaysia

Anda hanya perlu menghantar gambar anda bersama permainan Lego dengan gaya yang KREATIF.

Slogan: Saya mahu menang pass masuk ke Taman Tema Legoland Malaysia kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter & Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Legoland Malaysia Sempena Filem THE LEGO MOVIE 2

Tarikh tutup peraduan:

29 Januari 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Legoland Malaysia & Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 7 Februari 2019 di pawagam.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia follow Instagram: www.instagram.com/warnerbrosmalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lukas Graham Perform Pertama Kali di Malaysia

Betul Ke Dato Sri Siti Nurhaliza Kembali Jadi Duta vivo?