in , , ,

Peraduan Jom Menonton Filem THE GOOD LIAR

Nah! Ini adalah hadiah Budiey istimewa buat semua Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini! Jadi, apa tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini!

Mahukah anda menghadiri Tayangan Istimewa THE GOOD LIAR anjuran Budiey.com kerjasama Warner Bros. Malaysia bersama beberapa orang selebriti, influencer dan artis terkenal yang dijemput khas? Ya, tayangan ini cukup istimewa buat pembaca Budiey.com yang menggemari filem bercorak drama terutamanya yang turut meminati lakonan Ian McKellen dan Helen Mirren yang sangat berkesan.

Untuk info pembaca, filem ini diadaptasi dari novel yang menggunakan judul yang sama karya Nicholas Searle.

Filem arahan Bill Condon ini mengisahkan tentang Roy Courtnay yang merupakan seorang lelaki yang menjadikan penipuan sebagai kerjayanya. Dia bertemu dengan seorang janda, Betty McLeish, dalam talian dan mahu menjadikan wanita itu mangsa penipuannya. Namun, setelah bertemu Betty, dia mendapati dirinya mula menyayangi wanita itu. 

THE GOOD LIAR

Untuk anda yang membaca blog ini, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 9 Disember 2019 di GSC 1 Utama.

Nah! Apa tunggu lagi… ini satu peluang untuk mengikuti kisah selanjutnya. Filem ini akan ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia mulai 12 Disember 2019 oleh Warner Bros. Pictures, Warner Entertainment Company.

Tonton Trailer Filem THE GOOD LIAR

Filem ini dibintangi oleh pelakon yang cukup hebat dan berkarisma. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang filem ini, apa kata tonton trailer di bawah ini:

Selepas menonton trailer di atas ini, Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem THE GOOD LIAR yang cukup menarik ini.

Peraduan Tayangan Premiere Filem THE GOOD LIAR

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 70 tiket THE GOOD LIAR untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

9 Disember 2019 (Hari Isnin)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.30 malam

Tempat:

GSC 1 Utama

Sebanyak 70 keping tiket THE GOOD LIAR perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere THE GOOD LIAR – Budiey.com di GSC 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #thegoodliar

Anda perlu mencipta slogan kreatif dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Namakan dua pelakon utama yang memegang watak utama yang digandingkan pertama kali dalam filem ini?
  2. Emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem THE GOOD LIAR kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem THE GOOD LIAR – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:

7 Disember 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 12 Disember 2019 di pawagam.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia follow Instagram: www.instagram.com/warnerbrosmalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures.

THE GOOD LIAR THE GOOD LIAR THE GOOD LIAR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Spotify Wrapped 2019 Umum K-Clique Artis Tempatan Paling Banyak Distrim

Ada Sebab Neelofa Umum Undur Diri dari Jadi Pengacara di MeleTOP