in ,

Spotify Wrapped 2019 Umum K-Clique Artis Tempatan Paling Banyak Distrim

Spotify Wrapped 2019 Mengumumkan Artis yang Paling Banyak Distrim di Malaysia adalah BTS, Lagu Paling Banyak Distrim adalah “Señorita”, Artis Tempatan Paling Banyak Distrim adalah K-Clique

Spotify, perkhidmatan langganan strim audio paling popular di dunia, hari ini melancarkan “Wrapped”. Kempen akhir tahun ini mengumumkan artis, album, lagu, senarai main, dan podcast terkemuka yang menentukan bagaimana 248 juta orang di seluruh dunia mendengar dan mencari muzik serta podcast mereka sepanjang tahun 2019. 

Spotify mengumumkan bahawa BTS merupakan Artis Paling Banyak Distrim di Malaysia bagi tahun ini. Dalam 2019, kumpulan K-pop ini berjaya meraih lebih daripada 3 bilion strim dari para peminat di seluruh dunia.

Faizal Tahir

Selain itu, lagu mereka “Boy With Luv”, bersama Halsey, juga dinamakan Lagu K-Pop Paling Banyak Distrim di peringkat global. 

K-Pop terus mendominasi carta melalui artis-artis seperti BTS dan BLACKPINK yang memegang gelaran Kumpulan Paling Banyak Distrim di Malaysia, namun muzik pop arus perdana masih menjadi kegemaran ramai. 

Ariana Grande, masih bertakhta di hati pengguna Spotify di negara ini dan merupakan Artis kedua Paling Banyak Distrim di Malaysia. Album thank u, next merupakan Album ketiga Paling Banyak Distrim secara global dan juga di Malaysia, manakala lagu 7 rings adalah Lagu kelima Paling Banyak Distrim di Malaysia. Antara Artis Paling Banyak Distrim di Malaysia juga termasuk KhalidEd Sheeran dan Post Malone. 

Selain itu, lagu hit Señorita oleh Shawn Mendes dan Camila Cabello, berjaya meraih 1 bilion strim di Spotify tahun ini – dan dinamakan Lagu Paling Banyak Distrim secara global dan juga Malaysia.

Di arena muzik tempatan, K-Clique berjaya dinobatkan sebagai Artis Tempatan Paling Banyak Distrim pada tahun ini. Kumpulan rap yang masih baru di industri juga berjaya mengatasi artis-artis hebat lain seperti Faizal Tahir dan Dato Siti Nurhaliza.

Tangga keempat dan kelima carta Artis Tempatan yang Paling Banyak Distrim pula dipegang oleh SonaOne dan kumpulan pop-rock baru iaitu Insomniacks.  2019 merupakan tahun yang hebat untuk bakat muda Malaysia! 

Ringkasan senarai “Wrapped” 2019 Malaysia dan Global boleh dilihat dibawah.

SEDEKAD BERSAMA WRAPPED

Seiring dengan perjalanan selama sedekad ini (2020, kami tidak sabar menanti kedatangan anda!), buat pertama kalinya dalam sejarah Spotify, “Wrapped” juga memperkenalkan “A Decade Wrapped”. Kempen ini menggunakan kemahiran Spotify untuk mengimbas kembali kepada seluruh dekad yang lepas dan meneliti trend muzik, budaya, serta langganan strim audio melalui kaca mata peminat, artis, dan penulis muzik yang membentuknya. Dengan lebih daripada 28 bilion strimDRAKE merupakan Artis Paling Banyak Distrim bagi dekad ini. Senarai Artis Paling Banyak Distrim bagi dekad ini juga termasuklah Ed Sheeran (lagunya “Shape of You” merupakan lagu paling banyak distrim untuk dekad ini dengan lebih daripada 2.3 bilion strim); Post MaloneAriana Grande, dan Eminem.

2019 WRAPPED’ BAGI ANDA

Dalam minggu ini juga, Spotify akan mengumumkan Spotify Wrapped” anda yang akan merumuskan tabiat penstriman setiap pengguna termasuklah artis, lagu, genre, dan podcast kegemaran mereka, dan juga info menarik seperti jumlah minit pendengaran penstriman muzik dan bilangan lagu yang mereka “like”. Buat kali pertama, pendengar boleh mendapatkan pengalaman ini secara terus di aplikasi mudah alih Spotify, serta di laman web spotify.com/wrapped.

Selain itu, Spotify juga akan mereka kad khas yang akan melampirkan cita rasa pengguna, dan ia boleh di kongsi melalui Instagram, Facebook, Twitter dan Snapchat.

Carta 2019 Spotify Wrapped Tertinggi Malaysia 

Artis Paling Banyak Distrim (Keseluruhan)

  1. BTS
  2. Ariana Grande
  3. Khalid
  4. Ed Sheeran
  5. Post Malone 

Artis Lelaki Paling Banyak Distrim

  1. Khalid
  2. Ed Sheeran 
  3. Post Malone 
  4. Shawn Mendes 
  5. Alan Walker 

Artis Wanita Paling Banyak Distrim

  1. Ariana Grande 
  2. Taylor Swift 
  3. Billie Eilish 
  4. Camila Cabello 
  5. Halsey 

Artis Tempatan Paling Banyak Distrim

  1. K-Clique 
  2. Faizal Tahir 
  3. Dato Siti Nurhaliza 
  4. SonaOne
  5. Insomniacks

Kumpulan Paling Banyak Distrim

  1. BTS 
  2. BLACKPINK 
  3. Maroon 5
  4. TWICE 
  5. 5 Seconds of Summer 

Lagu Yang Paling Banyak Distrim

  1. “Señorita” – Camila Cabello, Shawn Mendes
  2. “Boy With Luv” – BTS feat. Halsey 
  3. “Someone You Loved” – Lewis Capaldi
  4. “Sunflower” – Post Malone, Swae Lee
  5. “7 rings” – Ariana Grande 

Album Paling Banyak Distrim 

  1. Hollywood’s Bleeding – Post Malone 
  2. Shawn Mendes – Shawn Mendes 
  3. Thank u, next – Ariana Grande 
  4. WHEN WE ALL FALL ASLEEP, WHERE DO WE GO? – Billie Eilish 
  5. Love Yourself 結 ‘Answer’ – BTS 

Carta Tertinggi Dunia 2019 oleh Spotify Wrapped

Artis Paling Banyak Distrim

  1. Post Malone
  2. Billie Eilish
  3. Ariana Grande
  4. Ed Sheeran
  5. Bad Bunny

 Album Paling Banyak Distrim 

  1. WHEN WE ALL FALL ASLEEP, WHERE DO WE GO? – Billie Eilish
  2. Hollywood’s Bleeding – Post Malone
  3. thank u, next – Ariana Grande
  4. No.6 Collaborations Project – Ed Sheeran
  5. Shawn Mendes – Shawn Mendes

Lagu Yang Paling Banyak Distrim 

  1. “Señorita” – Camila Cabello, Shawn Mendes
  2. “bad guy” – Billie Eilish
  3. “Sunflower” – Post Malone, Swae Lee
  4. “7 Rings” – Ariana Grande
  5. “Old Town Road – Remix” – Lil Nas X, Billy Ray Cyrus

Artis Wanita Paling Banyak Distrim

  1. Billie Eilish
  2. Ariana Grande
  3. Taylor Swift
  4. Camila Cabello
  5. Halsey

Artis Lelaki Paling Banyak Distrim

  1. Post Malone
  2. Ed Sheeran
  3. Bad Bunny
  4. Khalid
  5. J Balvin

Podcast Yang Paling Banyak Distrim

  1. The Joe Budden Podcast with Rory & Mal
  2. My Favorite Murder with Karen Kilgariff and Georgia Hardstark
  3. Gemischtes Hack
  4. Fest & Flauschig
  5. The Misfits Podcast

Genre Podcast Yang Paling Banyak Distrim

  1. Komedi
  2. Masyarakat dan Budaya
  3. Jenayah Sebenar
  4. Berita
  5. Kesihatan dan Kecergasan

Lihat post For The Record dari blog Spotify yang mengandungi infografik khas yang boleh dimuat turun, yang menerangkan naratif menarik yang menerajui dunia audio pada tahun 2019. Strim lagu paling popular dekad ini melalui Playlist of the Decade

Spotify_Wrapped_2019_Infographic En

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syamel | 23

Syamel Tunjuk Kemarahan Dalam Single CURANG

Ian Mckellen | 24

Peraduan Jom Menonton Filem THE GOOD LIAR