in , , ,

Peraduan Jom Menonton Filem POKEMON DETECTIVE PIKACHU

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang sentiasa melayari blog ini! Jadi apa tunggu, dapatkan 2 tiket percuma dengan menyertai peraduan ini. Lekas sertai sekarang!

Mahukah anda menghadiri Tayangan Istimewa POKEMON DETECTIVE PIKACHU anjuran Budiey.com kerjasama Warner Bros Malaysia bersama beberapa orang selebriti, influencer dan artis terkenal yang dijemput khas? Ya, tayangan ini cukup istimewa buat pembaca Budiey.com yang menggemari filem sci-fi dan komedi dengan aksi comel seekor Pokemon.

Nah! Apa tunggu lagi… ini satu peluang untuk mengikuti kisah selanjutnya. Filem ini akan ditayangkan pawagam di seluruh Malaysia mulai 9 Mei 2019.

POKEMON DETECTIVE PIKACHU

Aksi Pokemon Comel Sesuai Ditonton Seisi Keluarga

POKEMON DETECTIVE PIKACHU adalah sebuah filem aksi yang sesuai seisi keluarga diarahkan oleh Rob Letterman dan naskah skripnya pula ditulis oleh Nicole Perlman dan Letterman. Filem ini diadaptasi dari video game tahun 2016 dengan nama sama. Filem ini diproduksi oleh Warner Bros. Pictures, Legendary Pictures, dan The Pokémon Company.

Film POKEMON DETECTIVE PIKACHU merupakan sebuah francais Pokémon. Filem ini dilakonkan oleh pelakon hebat iaitu Ryan Reynolds, Justice Smith, Kathryn Newtonc dan Ken Watanabe.

Ryan Reynolds telah melakonkan watak Pokemon di mana beliau telah mengalih suara Pokemon seorang penyiasat yang bijak dan petah serta pandai berkata-kata. Justice Smith pula membawa watak sebagai Tim Goodman yang memegang watak seorang pemuda mencari ayahnya yang hilang. 

Dia juga kawan rapat kepada Detektif Pikachu, dan satu-satunya orang yang mampu mendengar Pikachu ini bercakap. Kathryn Newton membawa watak sebagai Lucy Stevens yang merupakan seorang wartawan. Manakala Ken Watanabe pula memegang peranan sebagai Letnan Yoshida, seorang pegawai polis di Ryme City dan merupakan kawan baik kepada Harry Goodman.

Filem ini berkisar tentang fenomena yang melanda dunia di mana ramai berlumba-lumba mengumpulkan Pokémon untuk bertempur. Namun ada seorang lelaki bertemu dengan Pikachu, salah satu Pokemon yang pandai berbicara dan bijak serta berusaha menjadi detektif.

POKEMON DETECTIVE PIKACHU

Sinopsis Filem POKEMON DETECTIVE PIKACHU

Detektif Harry Goodman telah hilang secara misteri. Tim, anak lelakinya yang berusia 21 tahun, pergi mencarinya dengan bantuan bekas rakan Pokemon Harry, Detektif Pikachu.

Bersama, mereka menjejaki klu di Ryme, sebuah metropolis moden di mana manusia dan Pokemon tinggal bersama. Ini membawa kepada penemuan rancangan mengejutkan yang mengancam dunia Pokemon dan mampu memusnahkan keamanan di antara manusia dan Pokemon.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer POKEMON DETECTIVE PIKACHU yang telah ditayangkan di Youtube:

Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem POKEMON DETECTIVE PIKACHU yang penuh aksi lincah seekor Pokemon ini.

Filem POKEMON DETECTIVE PIKACHU akan ditayangkan di pawagam mulai 9 Mei 2019, oleh Warner Bros. Pictures, Warner Entertainment Company.

Peraduan Tayangan Premiere Filem POKEMON DETECTIVE PIKACHU

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 125 tiket POKEMON DETECTIVE PIKACHU untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

7 Mei 2019 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.45 malam

Tempat:

GSC Mid Valley

Sebanyak 125 keping tiket POKEMON DETECTIVE PIKACHU perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere POKEMON DETECTIVE PIKACHU – Budiey.com di GSC Mid Valley. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #DetectivePikachuMY

1. Sila klik butang SHARE entri ini & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #DetectivePikachuMYkerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Like all Pokémon, the title star of the new movie POKÉMON Detective Pikachu is known for being able to speak only a single word. What would that be?
  2. Emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere Filem POKEMON DETECTIVE PIKACHU  – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter & Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere POKEMON DETECTIVE PIKACHU – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:

6 Mei 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 9 Mei 2019 di pawagam.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia follow Instagram: www.instagram.com/warnerbrosmalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kakitangan Maxis Bagi Sumbangan Untuk Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia

Biar Betul Avengers Bakal Turun & Berkumpul di KLIA & klia2?